CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1541|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sindiket penipuan kerja kembali aktif

[Copy link]
Post time 2-9-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode

HISHAMUDDIN. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Sindiket penipuan kerja didapati kembali aktif pertengahan tahun ini, apabila puluhan rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa baharu sindiket itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, berdasarkan aduan diterima pihaknya kira-kira 70 rakyat Malaysia masih terperangkap di Filipina dan Myanmar dengan sebahagiannya mangsa baharu.

Beliau berkata, sindiket mengubah modus operandi dengan tawaran kerja luar negara kononnya di Dubai dan beberapa negara sempadan bagi mengaburi mata.

"Mereka yang tertarik dengan tawaran kerja itu sebaliknya akan dibawa ke negara Myanmar sebagai buruh paksa untuk melakukan kerja penipuan atas talian.

"Mangsa bukan saja dipaksa melakukan penipuan tetapi dihalang berkomunikasi, dikurung dan dipukul jika tidak mengikut arahan," katanya.

Hishamuddin berkata, isu penipuan kerja itu adalah jenayah kompleks yang perlu ditangani semua pihak terutama kerajaan kerana ia membabitkan sindiket pemerdagangan manusia, buruh paksa dan jenayah kekerasan.

Kata beliau, ia menjadi isu dunia dan Malaysia tidak terkecuali menjadi sasaran sindiket.

"Kita (pertubuhan bukan kerajaan) membuat pendedahan mengenai isu ini sejak 2021 dan saya berterima kasih kepada kerajaan kerana berjaya membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa di beberapa negara seperti Kemboja dan Laos.

"Berikutan tindakan demi tindakan diambil, sindiket mula goyah dan tidak agresif lagi.

"Bagaimanapun, tahun ini sindiket dikesan kembali aktif melalui taktik baru dengan tawaran kerja di negara lain, mereka elak guna nama negara sensitif. Mungkin juga disebabkan kealpaan kita yang menyangka isu ini sudah tiada," katanya.

Tambahnya, apa yang membimbangkan adalah nasib rakyat Malaysia yang terperangkap di utara Myanmar berikutan kerajaannya tidak boleh mengawal wilayah, selain kekangan mendapat kerjasama dan bantuan daripada pihak keselamatan negara itu.

Justeru, beliau mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Luar memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Perdana Menteri bantulah menghapuskan pusat pemerdagangan manusia di Myanmar dengan cara beri tekanan kerana saya tidak nampak ada cara lain boleh dilakukan.

"Selagi mana adanya daerah tertentu di Myanmar boleh mengurung atau jadi lokasi sindiket pemerdagangan manusia, selagi itulah rakyat Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat," katanya.

Pada 26 Ogos lalu, seorang wanita mendakwa kakaknya dikurung sindiket penipuan pekerjaan di utara Myanmar sejak Julai lalu.

Perkara itu terbongkar selepas mangsa berusia 45 tahun berjaya menghubungi seorang rakan baiknya menerusi WhatsApp dan e-mel sebelum rakan itu memaklumkan kepada keluarga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kerja-kembali-aktif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.030537 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list