CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1354|Reply: 0

[Selangor] Mangsa sempat pulas muncung buaya sebelum selamatkan diri

[Copy link]
Post time 2-9-2023 02:13 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video seorang wanita menceritakan pengalaman digigit buaya.

PETALING JAYA – Mangsa gigitan buaya di Sungai Ramuan Cina, Melaka, semalam, sempat menceritakan pengalamannya berhadapan dengan buaya tersebut menerusi sebuah video tular di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, mangsa yang juga dikenali sebagai Cik Nor berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Pada waktu itu, saya duduk jauh sedikit daripada orang ramai. Langkah sahaja kaki ke tanah, tiba-tiba buaya datang hinggap. Mujur saya masih lagi pegang tali bot.

“Pada awalnya, buaya tidak tarik lagi. Saya sempat meraba-raba kawasan kaki sebelum terpegang muncung buaya. Saya terus pegang buaya dan dalam masa yang sama, saya juga tidak melepaskan tali bot,” katanya.

Menurut Cik Nor lagi, buaya tersebut cuba menariknya ke tengah sungai, namun tidak dapat melakukan sedemikian kerana dia sempat memegang tali bot.

“Saya cuba tendang buaya tersebut, tetapi buaya tetap tidak melepaskan (kaki). Saya tarik kaki dan cuba putar muncungnya. Mujurlah buaya tersebut akhirnya melepaskan gigitan.

“Selepas itu, saya terus bergerak ke arah bot. Cumanya, kaki saya patah dan ada bekas luka gigitan buaya,” katanya.

Video tersebut telah dimuat naik oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem. Kini, ia telah mendapat 21,000 tanda suka dan 1,044 komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji keberanian Cik Nor dan mendoakan kesihatannya.

“Hebat akak ni, dia sempat pulas hidung buaya. Moga cepat sembuh ya kak,” kata Diana.

“Cepat sihat mak cik, saya tahu mak cik bukan orang biasa-biasa,” kata Mie.

“Baru je tengok video mak cik menyelam hari tu. Hari ini nampak video ini pula. Moga cepat sembuh ya mak cik,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... um-selamatkan-diri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.032509 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list