CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 0

[Selangor] Jangan rampas padang kami!

[Copy link]
Post time 2-9-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Kampung Ampar Tenang berkumpul bagi menyuarakan bantahan ke atas syarikat pemaju yang akan membangunkan projek pembangunan di atas padang di kampung itu. FOTO Samadi Ahmad

Dengkil: Beratus penduduk Kampung Ampar Tenang di sini, merayu supaya padang di kawasan mereka tidak dirampas pemaju dan dijadikan kawasan komersil.

Jurucakap penduduk, Datuk V Gunalan berkata, padang itu yang dibangunkan lebih 100 tahun lalu turut digunakan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan remaja kampung untuk bermain bola sepak dan mengadakan aktiviti sukan.

Menurutnya, sebelum ini penduduk dan pemaju sudah mengadakan beberapa kali pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian.

Katanya, jika padang itu dibangunkan, pelajar sekolah akan berdepan masalah untuk mengadakan aktiviti sukan.

"Lebih menyedihkan kampung ini juga mempunyai sebuah kelab bola sepak berdaftar yang sudah melahirkan ramai pemain di peringkat kelab dan negeri. Pengambilan padang itu pastinya menyukarkan mereka untuk menjalani latihan.

"Kami meminta campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menghalang tindakan pemaju. Malah kami sudah pun menghantar surat bantahan sebelum ini," katanya pada sidang media Pertahan Padang Bola Sepak Ampar Tenang di kampung itu, semalam.

Lebih 100 penduduk termasuk ahli kelab bola sepak Ampar Tenang hadir bagi menyuarakan bantahan terhadap tindakan syarikat pemaju berkenaan.

Tinjauan mendapati, pihak pemaju sudah menggali lubang dipercayai untuk mendirikan penghadang bagi menjalankan projek di atas padang itu.

Gunalan yang juga bekas Pengerusi Persatuan Ibu dan Guru (PIBG) (SKJ) Tamil, Kampung Ampar Tenang,berkata isu pengambilan padang itu sudah menerima maklumbalas daripada Perdana Menteri melalui surat yang diterima pada Mac lalu manakala Menteri Besar Selangor pula pada Mei lalu.

"Kami bukan 'anti pembangunan' tetapi memohon pemaju mempertimbangkan permintaan kami," katanya.

Sementara itu pemaju projek,Serenia City di bawah Sime Darby melalui kenyataannya berkata,

tanah seluas 0.51 hektar itu sudah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) seperti diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kegunaan awam dan sekolah.

Menurutnya, tindakan pihak pemaju adalah berdasarkan kelulusan yang diperoleh daripada PBT.

Katanya, kesemua rancangan pembangunan PBT telah dipatuhi mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Pihak pemaju bekerjasama seiring dengan PBT mengikut proses yang betul bagi memenuhi keperluan komuniti setempat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rampas-padang-kami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.032998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list