CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 0

[Perak] Isu tuntutan tanah oleh gereja selesai, Balai Polis Kamunting kekal di tapak lama

[Copy link]
Post time 2-9-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Yusri (kanan) pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Taman Angkat Amanita ke-9 PDRM Perak. FOTO L.Manimaran

Lenggong: Balai Polis Kamunting di Taiping akan terus kekal di tapak sedia ada biarpun bangunan kuarters dan rumah Ketua Balai di tanah seluas 0.55 hektar dirobohkan susulan isu tuntutan rizab tanah Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh organisasi gereja di Melaka.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, isu tuntutan organisasi gereja iaitu The Titular Roman Catholic Bishop of Malacca (TTRCBM) sudah selesai dan tiada isu berbangkit selepas itu.

"Perkara ini kita sudah selesai sebenarnya, kerana tiada lagi isu dan kita pun sudah menyerahkan tanah itu kepada yang pemiliknya, memandangkan ia bukan tanah polis dan memang asalnya adalah tanah daripada pihak gereja.

"Balai Polis Kamunting kekal di situ namun yang tiadanya (dirobohkan) adalah kuarters berek kelamin dan rumah Ketua Balai," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Perasmian Taman Angkat Amanita ke-9 PDRM Perak iaitu Taman Bukit Senyum, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, di sini serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Mohd Yusri menjawab soalan sama ada Balai Polis Kamunting akan dipindahkan ke lokasi lain susulan tindakan perobohan kuarters dan rumah yang pernah diumum pada 9 Jun lalu.

Pada 9 Jun lalu, Mohd Yusri dilapor berkata, bangunan kuarters dan rumah Ketua Balai Polis Kamunting sudah dikosongkan untuk tindakan perobohan susulan isu tuntutan pemilikan tanah berkenaan, berdasarkan laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kawasan seluas 0.55 hektar di Lot 784 berkenaan digunakan Polis Kontinjen Perak untuk pembinaan kuarters dan rumah Ketua Polis Balai sejak tahun 1951, iaitu 68 tahun selepas pemilikan organisasi gereja terbabit iaitu sejak 1883.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ting-kekal-di-tapak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.033047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list