View: 945|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Wanita tanggung sakit kerana disantau selepas tuntut hutang
[Copy link]
|
|
PERKONGSIAN daripada akaun TikTok Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al-Mustakim di Negeri Sembilan yang menunjukkan kesakitan ditanggung wanita itu menjadi tular.
Kuala Lumpur: Seorang wanita menderita busung perut (gembung atau besar perutnya kerana penyakit) apabila didakwa disantau rakan sendiri selepas menuntut hutang sebanyak RM2,000.
Perkongsian daripada akaun TikTok Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al-Mustakim di Negeri Sembilan yang menunjukkan kesakitan ditanggung wanita itu menjadi tular dan mendapat pelbagai maklum balas warganet.
Pengamal Perubatan Islam Ar Syifa Al-Mustakim Ustaz Mohamad Hasnan Rili berkata, wanita itu menyedari sesuatu yang buruk berlaku terhadap dirinya selepas mengalami masalah seluruh badan berasa bisa, kepala nak meletup dan busung perut.
"Keterangan pada video yang saya kongsikan itu diceritakan sendiri oleh pesakit. Dia menuntut hutang daripada rakannya yang berjanji mahu bayar semula selepas tiga bulan tetapi malangnya dia pula dicaci.
"Namun, dalam tempoh dua minggu ke sebulan selepas itu, pesakit mulai berasa sesuatu pada dirinya.
"Sewaktu datang jumpa saya, dia cakap seluruh badan rasa biasa, kepala nak meletup dan perut busung.
"Perut busung tu berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh. Kalau kembung dia berasa sesak nafas.
"Pada awalnya dia menyangka dirinya mengandung sebab perutnya keras dan besar. Namun, hanya pada waktu tertentu saja. Disebabkan itu, dia cuba mendapatkan rawatan," katanya.
Menurutnya, yang sudah tujuh tahun menjalankan perkhidmatan itu berkata, individu yang disantau akibat menuntut hutang bukanlah perkara baharu.
"Memang ada banyak kes macam pesakit itu. Mereka menuntut hutang, tapi mereka pula disakiti.
"Selama tujuh tahun saya membuka pusat perubatan ini, dianggarkan ratusan pesakit juga sudah datang berjumpa saya yang mengadu masalah sama.
"Kebanyakannya hingga sekarang mereka masih membuat rawatan susulan. Begitu juga dengan kes lain.
"Masalah terkena santau dan buatan orang ini tak boleh dirawat hanya sekali. Ia agak mustahil melainkan dengan izin Allah SWT," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepas-tuntut-hutang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|