View: 1968|Reply: 0
|
[Selangor]
Iklan pelaburan palsu dikesan guna nama bekas mufti
[Copy link]
|
|
Hussien Omar Khan
Shah Alam: Polis Selangor mengesahkan sebuah iklan pelaburan yang menggunakan nama dan gambar bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, adalah palsu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada Mohd Tamyes, jam 9.43 malam tadi, berhubung perkara berkenaan.
"Polis menafikan iklan yang dilaporkan di Facebook atas nama Investor City menggunakan nama dan gambar bekas Mufti Selangor.
"Sehubungan itu, iklan terbabit adalah palsu dan tiada kaitan dengan Datuk Mohd Tamyes.
"Laporan polis berkenaan sudah dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan terperinci," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru itu, Hussein berkata, polis menasihatkan kepada orang ramai tidak mudah terpedaya dengan iklan di media sosial yang menggunakan individu penting dan menjadi kepercayaan masyarakat sebagai imej sesebuah pengiklanan.
"Sikap menyemak kesahihah sesuatu iklan itu amat penting bagi mengekalkan dimanipulasi dan menjadi mangsa penipuan.
"Orang ramai diingatkan membuat pelaburan di platform sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan buat semakan di laman sesawang BNM bagi menentukan kewujudan sesuatu syarikat pelaburan itu.
"Jika mencurigakan, segera menghubungi mana-mana balai polis untuk pertanyaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-nama-bekas-mufti |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|