CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2654|Reply: 0

[Selangor] Penduduk Puncak Alam sengsara, hari-hari hidu bau busuk

[Copy link]
Post time 5-9-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk menunjukkan lokasi tapak pelupusan yang mengundang bau busuk dan lalat di Puncak Alam.

KUALA SELANGOR – Kehidupan aman dan tenteram penduduk di sekitar Puncak Alam bagaikan diragut apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah binaan dan makanan hingga mencemarkan sungai dan mengundang lalat di kawasan perumahan.

Kewujudan tapak pelupusan di Jalan Kepong-Kuala Sela­ngor sejak setahun lalu itu juga mengundang bau busuk kepada 13,000 penduduk selain dibimbangi boleh mendatangkan pe­nyakit bawaan air dan rumah dihurung lalat.

Wakil penduduk, Azarul Syazari Che Aziz, 34, berkata, masalah itu berpunca apabila pihak tidak bertanggungjawab melupuskan sampah di kawasan seluas kira-kira lebih 1.2 hektar.

Katanya, pelupusannya juga diragui akibat berada di pinggir sungai yang boleh menyebabkan kesan kepada sungai dan banjir.

“Kebanyakkan sampah domestik termasuk sisa binaan dan makanan itu dibuang sehingga menyebabkan bau busuk kepada penduduk berhampiran.

“Timbunan sampah itu mengeluarkan bau meloyakan hingga menyebabkan kami berasa amat tidak selesa. Bimbang sekiranya berlaku banjir, sampah sarap itu hanyut ke kawasan penempatan dan menyebabkan pelbagai penyakit bawaan air,” katanya ketika ditemui.

Bagi Alif Nazrin Mohd. Paudzi, 34, keadaan makin teruk apabila penduduk tiada selera untuk makan di rumah akibat gangguan lalat.

“Kadang-kadang jika ken­duri atau jamuan, kami berdepan masalah lalat apatah lagi jika dikunjungi saudara mara. Timbunan sampah di kawasan itu semakin merebak ke lereng tepi anak sungai.

“Pembakaran kerap dilakukan sehingga mengeluarkan asap tebal,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Datuk Harrison Hassan berkata, pihaknya akan merujuk isu itu kepada Maj­lis Perbandaran Kuala Se­langor, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan ­Saliran Selangor.

“Timbunan sampah turut berlaku di persimpangan Desa Coalfields. Isu ini akan turut dibawa kepada Exco Selangor agar permasalahan ini dapat diselesaikan segera,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ari-hidu-bau-busuk/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037560 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list