View: 2088|Reply: 1
|
[Melaka]
Polis minta bantuan kesan remaja lari rumah, ikut teman lelaki
[Copy link]
|
|
NURWADA Asmadi melarikan diri dari rumahnya di Kampung Chohong, Chin Chin, Jasin, Melaka sejak Ahad lalu.
JASIN: Seorang remaja perempuan 14 tahun bertindak melarikan diri bersama teman lelakinya dipercayai untuk menenangkan diri, sejak Ahad lalu.
Kehilangan Nurwada Asmadi beralamat di Kampung Chohong, Chin Chin di sini disedari ahli keluarga pada pukul 6 pagi.
Difahamkan, remaja yang masih bersekolah itu turut membawa beg, selain meninggalkan sekeping nota memaklumkan mahu keluar rumah untuk menenangkan diri.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pukul 10.32 pagi, semalam.
Katanya, pelajar tingkatan dua itu memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat badan lebih kurang 50 kilogram (kg), kulit sawo matang dan berambut panjang warna hitam melepasi paras bahu.
“Pegawai penyiasat telah menemui pihak pengurusan dan rakan-rakan sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Siasatan awal dipercayai orang hilang telah keluar rumah mengikut teman lelaki yang berusia belasan tahun tidak bersekolah dan tidak dikenali keluarga remaja terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau 06-5292222 (sambungan 319) atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -ikut-teman-lelaki/ |
|
|
|
|
|
|
|
Such a fascinating article on a lovely day like today; thank you for your efforts in creating such a beneficial article. Mayo Clinic Health Portal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|