CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1642|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiga lelaki dengan pelbagai rekod jenayah ditahan kes pecah rumah

[Copy link]
Post time 5-9-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode

Antara barang yang dirampas menerusi tangkapan tiga suspek kes pecah sebuah sekolah di Taman Putra Sulaiman, Ampang pada 29 Ogos lalu.

Ampang: Kegiatan tiga penganggur memecah masuk kediaman dan sekolah swasta dengan menyasarkan premis tiada pengawal keselamatan terbongkar apabila mereka ditahan dalam serbuan di Bandar Tasek Kesuma, Beranang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada guru lelaki berusia 28 tahun memaklumkan sebuah sekolah di Taman Putra Sulaiman, di sini, dipecah masuk pada 29 Ogos lalu.

"Kejadian itu disedari oleh pengadu sebaik dia sampai di sekolah pada 6.30 petang, 29 Ogos lalu apabila mendapati pintu pejabat dan surau dalam keadaan terbuka dengan kedua-dua tombol kunci pintu dirosakkan.

"Pengadu yang masuk ke dalam pejabat dan surau mendapati keadaan berselerak. Hasil pemeriksaan mendapati wang tunai RM200 dalam laci meja kakitangan hilang, manakala kehilangan barangan lain tidak dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan laporan itu, katanya, pihak polis menahan tiga lelaki berusia 31 hingga 48 tahun di Bandar Tasek Kesuma, Beranang kerana disyaki terbabit dalam kejadian kira-kira 1 pagi semalam.

"Dalam serbuan itu, kami merampas sebuah televisyen, alat permainan video, mesin pengira wang, mesin 'grinder' dan beg mengandungi peralatan gerudi, beg kamera dan beg bersama komputer riba.

"Selain itu, kami turut merampas tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, sebilah pedang sarung kayu, topi, seluar jeans, baju T, wang tunai berjumlah RM1,070 serta sebuah kereta Proton Perdana," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati modus operandi suspek adalah menyasarkan sekolah swasta dan kawasan perumahan yang tidak dijaga pengawal keselamatan.

"Semakan dilakukan mendapati suspek pertama mempunyai 23 rekod jenayah termasuk narkotik selain rekod dikehendaki, manakala suspek kedua memiliki 20 rekod jenayah serta narkotik dan rekod dikehendaki.

"Suspek ketiga pula mempunyai enam rekod jenayah dan narkotik. Saringan ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamin, methamphetamin dan benzo," katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek terbabit direman selama enam hari bermula semalam hingga 9 September ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... han-kes-pecah-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list