CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3521|Reply: 0

[Selangor] Perceraian bukan alasan untuk rai kejayaan anak

[Copy link]
Post time 5-9-2023 05:14 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Faies bergambar kenangan bapa, Mohd Sidi Mahmud dan adik beradiknya selepas majlis tamat pengajian dan pentauliahan perajurit muda TUDM di Akademi Tentera Udara Ipoh, Perak pada 2 September lalu. FOTO Ihsan Nurul Aisyah

Kuala Selangor: Meskipun sudah lima tahun berpisah, Mohd Sidi Mahmud, 59, dan Siti Salamah Sulaiman, 56, tetap hadir ke majlis tamat latihan dan pentauliahan anak bongsu mereka, Muhammad Faeis Mohd Sidi sebagai perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Akademi Tentera Udara Ipoh, Perak pada 2 September lalu.

Detik itu sempat dirakam anak kelima mereka, Nurul Aisyah Mohd Sidi, 24, sebelum memuat naiknya di TikTok.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dengan rata-ratanya terharu dan memuji sikap profesional pasangan berkenaan.

Bercerita lanjut, Nurul Aisyah berkata, video itu dirakam selepas tamat majlis iaitu ketika pelatih datang berjumpa keluarga masing-masing.

"Saya rakam kerana gembira tengok (detik itu) memandangkan sudah lama kami tak jumpa ayah, kali pertama (selepas berpisah dengan ibu) pada tahun lalu ketika majlis perkahwinan sepupu dan tempoh hari yang kedua.

"Sangat luar biasa melihat emak dan ayah ada bersama di satu tempat walau dalam keadaan serta situasi berbeza.

"Ibu dan ayah tak bercakap dengan satu sama lain tetapi tetap datang. Itu yang penting kerana adik perlukan ibu dan ayah untuk ada bersama meraikan kejayaannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, perkongsian video itu mendapat banyak maklum balas positif daripada warga TikTok.

"Ada yang terharu menonton video itu kerana mereka rindu kenangan dengan ayah mereka.

"Saya faham kerana setiap anak mahu yang terbaik untuk ibu bapa mereka tapi kita kena terima ketentuan-Nya kerana sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik.

"Niat saya kongsi video itu adalah untuk kenangan dan simpan ia sebagai memori supaya dapat tengok semula nanti," katanya.

Nurul Aisyah berkata, selain berkongsi kegembiraan melihat kejayaan adik, video dimuat naik juga bagi menzahirkan perasaan bangga terhadap pengorbanan ibunya yang berstatus ibu tunggal.

"Selepas berpisah dengan ayah, emak yang jadi ibu dan bapa serta banyak berkorban untuk membesarkan kami.

"Walaupun membesar tanpa ayah, emak mampu besarkan kami adik-beradik dan bantu adik sambung pengajian," katanya.

Menurutnya, ia sesuatu yang luar biasa kerana mereka bukan daripada keluarga senang tetapi adiknya sampai ke tahap itu.

"Adik sebenarnya tak harapkan emak saja kerana sejak Tingkatan Tiga lagi, dia berdikari cari duit poket dengan bantu peniaga di pasar malam dan sebab itu bukan hanya kami sekeluarga malah orang kampung pun bangga lihat kejayaan adik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-rai-kejayaan-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037473 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list