View: 2579|Reply: 0
|
[Johor]
Bersahabat baik dari kecil, pergi pun bersama
[Copy link]
|
|
KERETA Myvi yang terbabit kemalangan dengan treler di KM 39.3 Jalan Muar Tangkak disini pagi tadi. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Dua lelaki yang maut dalam kemalangan di Kilometer 39.3 Jalan Muar-Tangkak dekat Sagil di sini, adalah sahabat baik dari kecil.
Malah, hubungan Muhammad Hazim Abd Halim, 25 dan Muhamad Fikri Amaludin, 24, umpama isi dengan kuku dan sering menghabiskan masa bersama sejak zaman sekolah rendah.
Perkara itu diakui abang arwah Muhammad Hazim, Muhd Haziq, 26, yang ditemui selepas majlis pengebumian di sini, hari ini.
Muhd Haziq berkata, adiknya yang juga anak kedua dari tiga beradik menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, manakala rakannya belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
"Ketika kecil kedua-dua mereka jarang berenggang. Boleh dikatakan setiap hari arwah Muhamad Fikri ke rumah kami.
"Tak sangka mereka pergi pun bersama-sama," katanya yang mengakui amat terkejut dengan kejadian itu.
Muhd Haziq berkata, sejak kebelakangan ini, dia jarang bertemu dengan mereka kerana keduanya menyambung pelajaran.
"Memang terkejut rasa macam tidak percaya (meninggal dunia). Tapi saya reda dengan pemergian mereka kerana ajal maut di tangan Tuhan," katanya dalam nada sebak.
Jenazah Muhammad Hazim dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Paya Merah, Labis sementara jenazah Muhamad Fikri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tenang di sini, jam 6.30 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-pergi-pun-bersama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|