|
Berbeza umur 55 tahun, tak halang cinta seorang lelai dan wanita warga emas.
Kisah cinta Nenek Rohaya, 77, dan dan Selamet Riyadi, 22, pernah menjadi tular beberapa tahun lalu.
Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, Nenek Rohaya meninggal dunia di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan di Indonesia, pada Rabu.
Foto: CNN Indonesia
Memetik laporan detikSumbagsel, Nenek Rohaya meninggal dunia kerana sakit tua.
"Dia meninggal dunia kerana sakit tua. Nenek Rohaya kini berusia 77 tahun, sering sakit," kata Amzal, saudara Rohaya dan ketua dusun setempat dipetik sebagai berkata.
Selamet dan Nenek Rohaya mendirikan rumah tangga pada Julai 2017, ketika itu masing-masing berusia 16 dan 71 tahun.
Menurut Amzal, pasangan itu hidup bahagia sejak berkahwin sehingga kematian Nenek Rohaya.
"Mereka bahagia sejak berkahwin. Perkara utama ialah keharmonian, mereka saling-menyayangi," kata Amzal. -CARI
Sumber: mStar/ CNN Indonesia |
|