CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1948|Reply: 0

[Perak] Tujuh vesel ditahan Jabatan Perikanan libatkan rampasan RM6.5 juta

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Antara vesel yang ditahan sepanjang tempoh pelaksanaan Program Pemantauan, Kawalan dan Pengawalan Vesel Menangkap ikan di Lumut oleh Jabatan Perikanan.

LUMUT – Tujuh buah vesel yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 ditahan Jabatan Perikanan Negeri Perak dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 6.5 juta.

Pengarahnya, Mohd. Ghazali A. Manap berkata, penahanan kapal tersebut adalah hasil Program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan Vesel Menangkap ikan di di Pantai Barat Siri 3/2023 bermula 4 September lalu dengan kekuatan anggota seramai 21 orang melibatkan tiga aset laut.

“Aspek pemeriksaan dan pemantauan bagi program ini adalah perlanggaran Akta Perikanan 1985 dan syarat-syarat lesen dan pemeriksaan kepatuhan ke atas vesel-vesel penangkapan ikan tempatan yang dilesenkan dibawah Jabatan Perikanan Malaysia.

“Turut dilakukan ialah pemantauan sistem pengawasan vesel penangkapan ikan (VMS). Hasil operasi ini sebanyak sebuah vesel tunda B1 dan 6 buah vesel tunda C telah ditahan kerana melanggar Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Operasi tersebut dilaksanakan Jabatan Perikanan Perak di bawah Unit Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) Kg. Acheh dengan kerjasama Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Putrajaya dan dan Unit MCS Pulau Pinang.

Beliau berkata, kesemua vesel ditahan kurang dari lapan dan 15 batu nautika (mengikut zon) dari Sabak Bernam, Selangor.

Katanya, antara kesahanan yang dikenal pasti adalah termasuklah menangkap ikan kurang dari 8 batu nautika dan 15 batu nautika mengikut zon, menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan selain menggunakan keroncong pukat tunda kurang dari 38 milimeter.

“Selain itu, vesel ini juga tidak mengaktifkan VMS semasa ditahan, memasang alat perhubungan tanpa kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta menambah struktur tangki minyak di bahagian kemudi.

Kesemua vesel telah dibawa ke pangkalan MCS Kg. Acheh untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ampasan-rm6-5-juta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.152486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list