CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 0

[Perak] Kekal harga RM1.50 sepinggan nasi sejak 10 tahun

[Copy link]
Post time 9-9-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Nur Faris Fiza Saufi menunjukkan makanan tengah hari yang disediakan di Pemilik Restoran Udang Galah di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN




TELUK INTAN: Peniaga makanan di sini masih mengekalkan harga lama bagi setiap sepinggan nasi iaitu RM1.50 walaupun beras tempatan sukar diperoleh buat masa ini.

Pemilik Restoran Udang Galah di sini, Muhammad Nur Faris Fiza Saufi, 27, berkata, harga tersebut merupakan harga lama yang tidak pernah dinaikkan iaitu sejak restoran itu dibuka kira-kira 10 tahun lalu.

Katanya, dalam tempoh tersebut pihaknya tetap mengekalkan harga sepinggan nasi RM1.50 untuk membantu pelanggan.

“Kami masih mengekalkan harga sepinggan nasi pada harga yang sama seperti 10 tahun lalu iaitu RM1.50 walaupun ketika ini beras tempatan sukar diperoleh.

“Walaupun terkesan dengan masalah kekurangan beras tempatan menyebabkan pembelian yang terhad iaitu 100 kilogram sehari namun kami tetap mengekalkan harga lama bagi jualan nasib sama ada nasi pinggan atau pun bungkus,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia yang memerlukan lebih 100 kilogram (kg) beras setiap hari berkata, dalam tempoh tiga tahun, harga beras tempatan yang dibeli naik RM3.50 iaitu daripada RM23.50 kepada RM26.50 sekarang, namun, tidak pernah menaikkan harga nasi.

“Saya sudah berniaga lebih 10 tahun, namun, tetap mengekalkan harga asal nasi di restoran ini kerana nak jaga pelanggan, tak mahu naikkan sampai RM2 sepinggan.

“Buat masa ini memang tiada hasrat nak naikkan harga nasi tapi pada masa akan datang saya tidak pasti sama ada harga tersebut boleh dikekalkan berikutan harga lain-lain barangan yang naik,” katanya.

Sementara itu, pelanggan lega dengan keprihatinan peniaga restoran yang masih mengekalkan harga nasi pada harga lama walaupun beras tempatan sukar diperoleh ketika ini.

Pelanggan, Mohd Shahluddin Saarani, 27, berkata, perkara yang sama perlu dicontohi oleh peniaga makanan yang lain.

“Harga barang memang naik dan beras tempatan pula sukar diperoleh, namun harga makanan di kedai ini tidak dinaikkan.

“Seperti hari ini saya dan isteri makan ayam, daging, sayur dan minuman hanya RM30, harganya berbaloi,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... asi-sejak-10-tahun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.033182 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list