CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 0

[Selangor] Beras Ehsan di Selangor kurang hingga 15 peratus

[Copy link]
Post time 9-9-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor mengakui bekalan beras cap Ehsan lima kilogram (kg) keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkurangan antara 10 hingga 15 peratus awal bulan lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, isu kekurangan bekalan itu diperoleh menerusi hasil laporan Jualan Ehsan di seluruh negeri ini.

Jelas beliau, kerajaan negeri menerusi Exco Kemajuan Infrastruktur, Permodenan Pertanian dan Perladangan, Izham Hashim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPRN) diminta memantau lebih teliti isu berkenaan.

“Setakat ini, laporannya tidak begitu kritikal malah saya percaya dapat menanganinya termasuk menambah pengeluaran dari Sekinchan yang menjadi kawasan pengeluaran padi serta beras negeri.

“Jika ada kekurangan (bekalan beras), ia berlaku di satu atau dua gerai jualan yang kehabisan stok kerana kita tidak sempat restock (tambah semula beras yang habis dijual),” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) kali ke-17 di Kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia menambah stok bekalan beras bagi Jualan Ehsan Rahmah (JER), kata Amirudin, perkara itu akan dilaksanakan berikutan permintaan tinggi pada masa ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri menyediakan subsidi RM3 bagi setiap lima kg beras Ehsan yang dijual.-KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -hingga-15-peratus/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.306557 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list