CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1372|Reply: 1

[Johor] Selepas menang malam tadi, Nazri jumpa pengundi Simpang Jeram

[Copy link]
Post time 10-9-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Nazri Abdul Rahman menyantuni penduduk setempat ketika sarapan di sekitar Jalan Sakeh Sungai Abong pagi ini. Semalam, Nazri, calon Pakatan Harapan memenangi kerusi bagi DUN Simpang Jeram dengan majoriti 3,514 undi. - Foto BERNAMA

MUAR: Selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman daripada Pakatan Harapan (PH) terus menunaikan janjinya dengan mengelilingi kawasan berkenaan untuk bertemu rakyat.

Nazri memulakan aktiviti pertamanya pagi ini dengan melawat dan mengelilingi beberapa warung di Simpang Jeram dengan bersarapan dan beramah mesra dengan orang ramai.

Dalam lawatannya itu, beliau berjanji untuk mendekati golongan muda dan melaksanakan program-program yang menjadi pilihan bagi golongan berkenaan.

"Saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan program yang sesuai bagi golongan belia di Simpang Jeram khususnya," katanya ketika ditemui selepas Program Ramah Mesra Bersama Penduduk di sekitar pekan Simpang Jeram hari ini.





Nazri Abdul Rahman menyantuni penduduk setempat ketika sarapan di sekitar Jalan Sakeh Sungai Abong pagi ini. - Foto BERNAMA

Nazri berkata, beliau turut menitipkan kemenangannya dalam PRK semalam adalah untuk abangnya yang telah meninggal dunia.

"Arwah abang saya merupakan penyokong kuat saya menceburi bidang politik. Jika dia masih ada hari ini, saya pasti dia akan berbangga dengan saya," katanya.

Sementara itu, pengundi Simpang Jeram ketika ditemui berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru pilih itu dapat menunaikan tanggungjawab sebaiknya.

Pengundi di Simpang Jeram, Mohd Khuzai Supar, 54, berkata dia berharap ADUN itu dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat.

"Saya berharap YB baharu dapat menunaikan tugas yang diamanahkan oleh pengundi kawasan itu," katanya.

Seorang lagi pengundi di Simpang Jeram, Lim Pei Heng, 42, berharap Nazri dapat membantu menangani masalah banjir kilat dan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Nazri yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Amanah Negara (AMANAH) Bakri memperoleh 13,484 undi dengan majoriti sebanyak 3,514 menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Mohd Mazri Yahya yang memperoleh 10,330 undi, manakala calon bebas, S Jegananthan hanya mendapat 311 undi.

Keputusan rasmi berkenaan bagi DUN Simpang Jeram itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Simpang Jeram Jamil Hasni Abdullah pada jam 9.10 malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar di sini, malam tadi.

DUN Simpang Jeram ada 40,373 pengundi dan daripada jumlah itu seramai 24,485 pengundi direkodkan keluar mengundi pada semalam.

Sebanyak 74 undi ditolak, manakala 12 undi tidak kembali dan sebanyak 60.85 peratus pengundian direkodkan pada PRK kali ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub memperoleh 8,749 undi dengan majoriti undi 2,399 undi.


Keputusan dan laporan langsung sekitar proses pengiraan undi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

https://www.bharian.com.my/berit ... gundi-simpang-jeram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah, selamat menjalankan tugas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036385 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list