View: 4951|Reply: 0
|
[Selangor]
Sanggup angkat motosikal lintas ‘divider’, elak sekatan jalan raya di LPT
[Copy link]
|
|
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi penunggang mengangkat motosikal melepasi pembahagi jalan di LPT untuk mengelak sekatan jalan raya.
PETALING JAYA – Demi mengelak sekatan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), sekumpulan penunggang bergilir-gilir mengangkat motosikal melepasi pembahagi jalan berdekatan hentian rehat dan rawat (R&R) Gambang, Kuantan, Pahang.
Difahamkan kumpulan tersebut adalah sebahagian penunggang motosikal yang menyertai Himpunan RXZ Members 5.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu semalam.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Triple Z Motorparts, kelihatan puluhan penunggang terpaksa mengangkat jentera masing-masing bagi melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang diadakan berdekatan di R&R Gambang.
“RnR Gambang tengah rancak berperang, tak complete (lengkap) cari la laluan alternatif lain atau baliklah pada masa yang selamat.
“Tak sanggup tengok kawan-kawan lari sana sini angkat motor membahayakan diri ‘cross wrong way’, utamakan keselamatan,” tulisnya hari ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan lokasi tepat klip video itu dirakam.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen selepas menonton rakaman klip video tersebut.
“Dah 2023 dah. Cukup-cukuplah habis duit beribu modi (ubah suai) motor, ambil lesen motor. Roadtax dan insurans tu kasi ada dulu.
“Motor nak join konvoi buat standard balik. Baru tak huru-hara atas jalan. Jalan raya bukan ada motor sahaja, kereta, lori bas semua ada. Bahaya di mana sahaja,” tulis Nik Irsham.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd. Bakhtiar Basir.
“Jaga keselamatan semua, dalam gembira keselamatan harus dijaga dan tidak menyusahkan pengguna lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -jalan-raya-di-lpt/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|