CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5361|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pakej 5G RAHMAH: 47,000 set telefon pintar tiba minggu ini

[Copy link]
Post time 10-9-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Sejumlah 47,000 set telefon pintar jenama Samsung dan Honor bagi Pakej 5G RAHMAH tiba di Malaysia minggu ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kesemua telefon pintar itu akan diedarkan ke pusat pengedaran syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam menyediakan Pakej 5G RAHMAH.

"Pihak telco memaklumkan ia adalah satu jumlah yang mencukupi dan mereka akan pantau untuk pastikan jumlah peranti ini terus mencukupi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Pakej 5G RAHMAH ditawarkan untuk semua rakyat Malaysia bermula 31 Ogos lepas dengan kontrak langganan selama 24 bulan.



Pakej itu menawarkan spesifikasi asas pelan data 5G melibatkan telefon pintar jenama Samsung dan Honor berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60 gigabit (GB).

Ditanya mengenai sambutan rakyat terhadap inisiatif itu, Fahmi berkata maklum balas yang diterima setakat ini adalah positif dengan ramai yang sedang meneliti pelbagai pakej berbeza yang disediakan oleh telco.

"Ramai yang sangat berminat, malah ada yang bertanya jika model telefon sekian ada ataupun tiada di pasaran (di bawah Pakej 5G RAHMAH)," katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan kerajaan menyekat kebebasan media, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bersikap "kuku besi" dan akan terus mempertahankan kebebasan media.

Katanya, tindakan hanya akan diambil sekiranya pelaporan berita mengandungi perkara yang berunsur fitnah atau maklumat palsu.

"Saya ambil contoh sewaktu Pilihan Raya Negeri (baru-baru ini), ada satu berita yang telah diterbitkan oleh satu media tersohor menyatakan ada seorang ahli politik yang telah ditahan oleh pihak polis tetapi terbukti perkara itu palsu," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi media dapat mengadakan perbincangan agar perkara seperti itu tidak berulang.

"Dalam kita membuat pelaporan, menjadi yang pertama dalam mendapatkan berita sama penting dengan untuk mendapatkan fakta yang tepat," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... tar-tiba-minggu-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035908 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list