CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2763|Reply: 0

[Selangor] Jalinan kerjasama SPRM, KCCCI perangi rasuah

[Copy link]
Post time 11-9-2023 10:08 AM | Show all posts |Read mode

TAN Kang Sai (tengah barisan hadapan) bergambar bersama para peserta Forum Antirasuah 2023 selepas tamat sesi ceramah dan menandatangani IBR di Shah Alam. FOTO Ihsan SPRM

Shah Alam: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin kerjasama bersama Klang Chinese Chamber of Commerce and Industry (KCCCI) sebagai usaha memerangi rasuah.

Ia bukan hanya menumpukan daripada konteks pencapaian misi pentadbiran negara tetapi kunci kejayaan dalam pembentukan pembangunan mampan dalam dunia perniagaan.

Kerjasama yang julung kali diadakan melalui Forum Antirasuah SPRM 2023, semalam memperlihatkan penyertaan seramai 53 ahli KCCCI terdiri daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat multinasional (MNC).

Forum itu menampilkan ahli panel terdiri daripada sektor awam dan swasta termasuk pengurusan kanan Ibu Pejabat SPRM dan SPRM negeri.

Barisan panel termasuk Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai; bekas Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Datuk David Chua Kok Tee; Timbalan Pengarah SPRM Kedah, Wong Chiew Hoong; Ahli Kaunsel KCCCI Datuk Lee Kim Meow dan Pensyarah Kanan Asia e-University, Dr Wong Hong Chau.

Pengerusi KCCCI, Datuk Jeffery Tan dalam ucapannya berkata, forum berkenaan yang dianjurkan bersama cawangan swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat adalah satu kolaborasi yang amat bermakna.

"Ini kerana selain dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Cina, kesemua ahli KCCCI yang hadir turut melafazkan komitmen memerangi rasuah dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah IBR," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ccci-perangi-rasuah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035068 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list