View: 2186|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Awasi perangkap scammer
[Copy link]
|
|
KEBANYAKAN scammer memiliki kemahiran digital yang tinggi sehingga dapat memanipulasi mangsa. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Mencipta ketakutan terhadap mangsa sehingga mendorong mereka melakukan tindakan di luar jangkaan termasuk mendedahkan maklumat peribadi.
Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Norsafatul Aznin A Razak berkata, scammer sering memanipulasi emosi mangsa seperti menimbulkan rasa takut atau simpati terhadap sesuatu perkara.
"Mereka (scammer) akan mencipta senario hingga mencetuskan tindak balas emosi yang kuat dan seterusnya menyukarkan mangsa untuk berfikir secara rasional.
"Tidak dinafikan bahawa kebanyakan scammer memiliki kemahiran digital yang tinggi sehingga dapat memanipulasi mangsa untuk mendedahkan maklumat sulit atau melakukan tindakan yang tidak biasa mereka lakukan.
"Ini boleh mendorong seseorang untuk melakukan tindakan luar jangka sekiranya individu yang menjadi mangsa cepat panik tanpa menimbangtara kesahihan input yang diterima," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, mangsa seakan terpukau dan tidak menyedari menerima panggilan daripada scammer.
"Apabila menerima panggilan yang mencurigakan, kita sepatutnya perlu memastikan diri berada dalam keadaan sedar.
"Taktik scammer adalah memanipulasikan emosi mangsa hingga menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan jelas lalu memberikan apa sahaja yang diminta.
"Sewaktu menerima panggilan atau pesanan yang mencurigakan, kita boleh meletakkan sahaja panggilan atau 'block' bagi mengelakkan diri terjerumus dalam strategi daripada scammer," katanya.
Pegawai Psikologi Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fathimah Abdul Ghani pula berkata, tahap kesedaran orang ramai masih rendah mengenai modus operandi yang digunakan oleh scammer.
"Kesedaran ini perlu diperinci dan dikongsikan secara meluas serta berterusan tanpa mengikut waktu-waktu tertentu sahaja.
"Tambahan lagi, sifat peribadi seseorang yang berkeras dan tidak suka untuk bertanya mahupun mendapatkan pandangan orang lain menjadi antara sebab perkara ini berlaku.
"Mereka (mangsa) juga enggan berterus-terang (apabila terjerat) dengan orang dikenali, tetapi lebih mempercayai individu yang berhubung dengannya secara dalam talian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-perangkap-scammer |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|