CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Operasi Starlink selaras kerangka antarabangsa - MCMC

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode

STARLINK kedua dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah. FOTO Facebook Fahmi Fadzil

Kuala Lumpur: Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berpandukan kepada kerangka yang disediakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) khususnya Peraturan Radio ITU ketika membuat keputusan berkaitan peruntukan dan pengurusan gangguan spektrum.

"Perkhidmatan satelit adalah secara asasnya global dan Peraturan Radio ITU menyediakan kerangka global untuk menyelaras dan mengawal perkhidmatan ini.

"Ia dengan jelas menggariskan kriteria perlindungan termasuk kewajipan untuk mencegah gangguan berbahaya kepada perkhidmatan sedia ada dan prosedur untuk menyelesaikan pertikaian gangguan, jika ada.

"Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada laporan sebuah portal teknikal mengenai kebimbangan dan isu yang ditimbulkan berkaitan kemungkinan gangguan kepada perkhidmatan telekomunikasi sedia ada serta kajian kewujudan bersama melibatkan Starlink.

MCMC menyebut setakat ini, tiada aduan yang diterima mengenai gangguan yang dilaporkan.

Katanya jika berlaku sebarang gangguan, ia akan diatasi melalui penyelesaian gangguan sedia ada mengikut kerangka kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, Starlink telah diberi status Malaysia Digital yang membenarkannya beroperasi di negara ini dengan status pemilikan semasa.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian dan manfaat yang akan diberikan oleh Starlink. Sebelum mengeluarkan lesen tersebut, MCMC telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pertimbangan mereka diambil kira," katanya.

Selain itu, MCMC kekal komited dalam melindungi kepentingan orang awam dan memastikan semua perkhidmatan telekomunikasi termasuk yang disediakan oleh Starlink, beroperasi dengan mematuhi standard serta peraturan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-antarabangsa-mcmc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.149523 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list