CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 0

[Selangor] Tiada lesen, insurans punca motosikal rider tular disita

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang memaparkan rider berkenaan berjalan kaki selepas motosikalnya ditahan pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans menjadi punca motosikal seorang penghantar makanan (rider) disita pihak berkuasa dalam video tular, baru-baru ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, pihaknya mengesahkan berhubungan sitaan terhadap kenderaan milik rider itu.

“Merujuk kepada video di atas, LKM telah tamat tempoh dan insurans tiada, oleh itu JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider terlibat kemalangan dan sebagainya.

“Jika berlaku kemalangan (melibatkan) rider akan menyusahkan pemandu lain dan juga keluarga kelak,” katanya dalam satu hantaran, di ruangan komen video tular itu.

Hari ini, Kosmo! melaporkan niat murni seorang lelaki mencari rezeki halal dengan menjadi rider terbantut apabila motosikalnya dipercayai ditahan pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Daily Trafic Report, kelihatan rider berkenaan berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan JPJ. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... sikal-rider-disita/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.061617 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list