CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3548|Reply: 0

[Johor] 2 beradik teruja sertai majlis nikah beramai-ramai

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

SERAMAI 155 pasangan pengantin diijab kabulkan secara beramai-ramai dalam Majlis Walimatul Urus Perdana Peringkat Negeri Johor 2023 di Pusat Konvensyen Danga Bay. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Dua beradik gembira berkongsi detik bahagia apabila selamat diijabkabulkan bersama pasangan masing-masing dalam Majlis Walimatul Urus Perdana Peringkat Negeri Johor 2023 yang turut disertai 155 pasangan lain hari ini.

Nurulummi Osman, 37, dan adiknya, Nurulainun, 28, antara 155 pasangan yang disatukan dalam majlis besar-besaran dianjurkan Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj).

Menurut Nurulummi, dia dan suami, Mohd Soffi Shamsuri, 37, sememangnya bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini, manakala adiknya dan suami, Suhaimi Badrum, 28, merancang berkahwin tahun hadapan.

"Mula-mula adik yang jumpa iklan mengenai majlis berkahwin ramai-ramai ini, adik beritahu saya dan kami cuba mohon. Alhamdulillah, kami terpilih dan saya yang memang bercadang nak kahwin tahun ini, kiranya ini langkah kananlah.

"Saya dan suami memang gembira sebab dapat jimat perbelanjaan kahwin, kerana kita tahu zaman sekarang harga semua naik.

"Saya seronok dapat kahwin serentak dengan adik, jadi dapatlah berkongsi tarikh ulang tahun perkahwinan bersama setiap tahun," kata anak sulung daripada sembilan beradik itu.

Menurut Nurulainun pula, syarat permohonan menyertai majlis perkahwinan perdana itu tidaklah ketat selagi mana ia adalah perkahwinan pertama.

"Selain dapat menjimatkan perbelanjaan, merasai debaran bersama pasangan pengantin yang lain juga satu yang menyeronokkan dan hari ini kami dapat melalui perkahwinan yang sangat meriah," katanya.

Pasangan yang menyertai majlis berkenaan diraikan dalam majlis pernikahan beramai-ramai di Pusat Konvensyen Danga Bay di sini, dengan perbelanjaan perkahwinan yang ditanggung sepenuhnya termasuk pelamin, katering, cenderahati dan penginapan.

Hadir merasmikan majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid yang juga wakil rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, Mohd Fared berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 bagi meraikan 155 pasangan pengantin itu.

"Tujuan program ini dibuat bagi membantu pasangan pengantin meraikan hari perkahwinan mereka secara meriah dan bersama.

"Secara puratanya, kita boleh katakan kita hanya membelanjakan sekurang-kurangnya hanya RM3,200 sahaja bagi setiap pasangan. Bayangkan kalau mereka buat sendiri di luar, pasti lebih mahal dan memerlukan kos yang lebih tinggi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nikah-beramai-ramai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.038562 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list