View: 3681|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pesta Mengoca, ikan leekoh jadi tarikan 300 peserta
[Copy link]
|
|
ORANG ramai yang menyertai Pesta Mengoca Hari Malaysia yang diadakan di Kampung Esok. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Jelebu: Berkubang mandi lumpur sambil menangkap beratus ikan keli dan ikan leekoh.
Itu aktiviti menarik disertai 300 peserta dari tujuh kampung sekitar Chennah yang menyertai Pesta Mengoca sempena Hari Malaysia diadakan di kolam ternakan udang di Kampung Esok, di sini, tadi.
Difahamkan ikan leekoh dianggarkan seberat 400 hingga 600 gram setiap seekor menjadi rebutan peserta pada program berkenaan.
Aktiviti meriah itu dianjurkan Persatuan Belia Berlian Chennah dan Pemuda UMNO Chennah dengan mendapat kerjasama pelbagai agensi antaranya jabatan perikanan, Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu,Balai Polis Kampung Chennah , Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah dan UMNO cawangan Chennah.
Pengerusi Persatuan Belia Berlian Chennah, Muhammad Khairol Izwan Yasin berkata, program bermula jam 8 pagi itu dianjurkan pihaknya berikutan mengoca sangat diminati penduduk.
"Bukan sahaja orang Melayu yang suka mengoca, ia turut diminati masyarakat Orang Asli yang turut sama menyertai program ini." katanya.
Sementara itu Ketua Daerah Perikanan Jelebu Mohd Azhar Jusoh berkata, pesta mengoca diadakan di kolam ternakan udang galah milik seorang penternak.
Katanya, 100 ekor ikan leekoh dan 300 ekor ikan keli yang disumbangkan penternak sekitar Jelebu dilepaskan ke dalam kolam.
"Jala, jeramak dan bakul buah tidak dibenarkan diguna. Sebaliknya peserta dibenarkan mengguna sauk dan besen berlubang sahaja.
"Ikan leekoh yang dilepaskan dianggarkan seberat 400 hingga 600 gram. Pelbagai hadiah turut disediakan kepada peserta," katanya.
Salah seorang peserta, Siti Noratikah Mohd Johor, 27, berkata, dia terhibur menemani ahli keluarganya yang menyertai pesta mengoca selain melihat gelagat peserta yang riuh rendah ketika menangkap ikan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tarikan-300-peserta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|