View: 3928|Reply: 0
|
[Kelantan]
Tanah adat diceroboh, Orang Asli mahu kerajaan Kelantan campur tangan
[Copy link]
|
|
Gua Musang: Lebih 1,000 penduduk Orang Asli suku Temiar di tiga kampung di sini merayu kerajaan negeri campur tangan mengenai isu tanah adat mereka diceroboh untuk aktiviti pertanian dan pembalakan.
Penduduk mendakwa aktiviti pembukaan tanah di Pos Ber dan dua kampung di Pos Brooke iaitu Kampung Haed serta Kampung Mendrop secara berskala besar itu menyebabkan tanah adat semakin mengecil dan turut memusnahkan kebun yang menjadi punca pendapatan mereka.
Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah berkata, aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah itu secara tidak langsung menjejaskan kehidupan Orang Asli di kawasan terbabit.
Justeru, kelmarin seramai 30 orang penduduk Orang Asli sepakat membuat laporan di Balai Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang berhubung isu itu.
"Pada awalnya kita sudah berjumpa dengan pihak syarikat untuk meminta membatalkan hasrat berkenaan memandangkan kami dimaklumkan projek berkeluasan lebih 800 hektar itu akan menjejaskan tanah adat Orang Asli, sekaligus memberi kesan kepada kehilangan hak Orang Asli di sana.
"Ia juga membabitkan kebun penduduk dan berhampiran kawasan perkampungan, ia akan memberi kesan kepada keseluruhan aktiviti malah cara hidup kita di sana akan terkesan jika projek ini dilaksanakan di tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Baru, di sini.
PENDUDUK menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis IPD Gua Musang. FOTO Paya Linda Yahya
Wakil penduduk Kampung Haed, Ramli Ajom, 34, berkata pembukaan tanah di perkampungannya itu menyebabkan sumber air mereka tercemar.
"Ini adalah laporan polis kedua yang saya buat kerana aktiviti pertanian yang dilakukan menyebabkan kawasan tadahan air kami tercemar.
"Keadaan ini mengganggu urusan kehidupan seharian kami dan saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat membantu kami menyelesaikan masalah ini dengan pihak syarikat.
"Isunya bukan hanya tanah Orang Asli yang semakin mengecil tetapi juga kehidupan seharian yang semakin terjejas apabila sumber air turut terkesan," katanya.
Bagi penduduk Pos Ber, Nasha Uda, 21, berkata sebagai generasi muda sudah pasti timbul kerisauan apabila tangan adat Orang Asli terus diteroka untuk aktiviti pertanian dan pembalakan.
"Bagai mana nasib kami generasi muda jika kawasan kami terus di teroka. Di mana kami dan anak-anak akan tinggal jika perkampungan semakin mengecil.
"Saya harapan kerajaan negeri dapat membantu kami dan menjaga hak kami sebagai orang asal di kawasan ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antan-campur-tangan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|