CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4222|Reply: 0

[Melaka] MBMB cadang perkenal parkir mekanikal di Banda Hilir

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode

Banda Hilir.

Melaka: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bercadang memperkenalkan penggunaan parkir mekanikal di kawasan Banda Hilir bagi memudahkan pengunjung, khususnya semasa pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada setiap Sabtu.

Datuk Bandar Datuk Shadan Othman berkata inisiatif itu sedang diteliti dari pelbagai aspek termasuk lokasi sesuai bagi membangunkan sistem berkenaan yang menggunakan teknologi parkir bergerak bertingkat.

"Walaupun pengunjung mempunyai beberapa alternatif tapak parkir lain seperti di Pusat Transformasi Luar Bandar (UTC) serta Taman Rempah dan mereka boleh menaiki teksi air untuk ke Banda Hilir, inisiatif memperkenalkan parkir mekanikal ini bertujuan menambah jumlah lot parkir di kawasan Banda Hilir dan memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Promosi Program Santai@bandar Hilir 'Bus on Demand' di sini malam tadi.

Sementara itu, Shadan berkata berdasarkan sistem pemantauan orang ramai yang dipasang di Menara Jam di bangunan Stadthuys di sini, lebih 12,000 pengunjung direkodkan di Banda Hilir setiap kali pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan.

Katanya jumlah itu membuktikan inisiatif itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pengunjung dari dalam dan luar Melaka.

Mengulas lanjut, Shadan berkata pihaknya juga menerima pelbagai maklum balas positif berkaitan pelaksanaan itu daripada pengunjung, termasuk mahu hari Zon Bebas Kenderaan ditambah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ikal-di-banda-hilir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060954 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list