CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5280|Reply: 0

[Johor] Johor selesaikan 6 projek rumah sakit, terbengkalai lebih RM260 juta

[Copy link]
Post time 17-9-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (tengah) meninjau projek sakit dan terbengkalai sekitar Johor Bahru, hari ini. - Foto ihsan EXCO

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyelesaikan enam projek sakit dan satu projek terbengkalai membabitkan 1,073 unit rumah yang gagal dibangunkan tahun lalu dan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata walaupun projek sakit dan terbengkalai bukan bidang kuasa kerajaan negeri namun ia kaedah intervensi demi rakyat.

"Kerajaan Johor berjaya menyelesaikan enam projek sakit yang sepatutnya disiapkan tahun lalu dan tahun ini dengan satu projek terbengkalai juga akan disiapkan menjelang bulan depan.

"Proses penyelesaiannya termasuklah peringkat Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan serahan kunci.


"Penyelesaian ini membabitkan sebanyak 1,073 unit rumah dengan nilai hartanah RM260.75 juta.

"Sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk dan diluluskan di peringkat pihak berkuasa negeri iaitu Jawatankuasa Projek Sakit & Terbengkalai (JSTP) membabitkan bukan sahaja Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) malah 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua agensi teknikal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, kerajaan Johor dilaporkan meminda Enakmen PKPJ 1976, bagi memperkukuhkan lagi peranan agensi itu dalam tadbir urus perihal berkaitan perumahan awam, rumah mampu milik dan hartanah Bumiputera.

Langkah itu dilaporkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat serta pihak berkepentingan, seperti pemaju dan perunding dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah termasuk memantau projek sakit dan terbengkalai di negeri itu.

Dalam pada itu, Mohd Jafni berkata, kerajaan Johor menyasarkan menyelesaikan lima projek sakit dan satu projek terbengkalai, tahun depan.

"Untuk tahun depan, pihak kerajaan negeri melalui JSTP yang dipengerusikan oleh saya sendiri menyasarkan penyelesaian lima projek sakit dan satu projek terbengkalai dengan jumlah unit 1,776 unit dan nilai hartanah RM682.66 juta.

"Dalam tempoh tiga tahun membabitkan tahun lalu, tahun ini dan menjelang 2024, nilai hartanah projek sakit dan terbengkalai yang telah dan akan diselesaikan kerajaan negeri menjangkau ke RM1 bilion," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ai-lebih-rm260-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.622845 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list