CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3142|Reply: 1

[Melaka] Tanjung Bidara lokasi pilihan penggemar sukan lasak

[Copy link]
Post time 17-9-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode

Ab Rauf Yusoh (dua, kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang sukarelawan selepas melancarkan program Volunteer Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Banda Hilir. FOTO BERNAMA

Alor Gajah: Kegemilangan Tanjung Bidara sebagai lokasi peranginan terkenal bakal dikembalikan antaranya menerusi pembangunan taman rekreasi sukan ekstrem, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, pelbagai program dan aktiviti sukan ekstrem akan dijalankan bagi menarik minat golongan muda dan penggemar sukan lasak sekali gus menjadikan Tanjung Bidara sebagai lokasi pilihan mereka.

"Kita akan bangunkan sebuah litar sukan kereta kawalan radio jarak jauh (RC) bertaraf antarabangsa dan juga laman karavan. Ini semua adalah bagi usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara seperti era 70-an dahulu.

"Pembangunan ini juga sejajar sebagai persediaan dan memperkasakan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Jelajah Fit Malaysia peringkat negeri Melaka di Tanjung Bidara, di sini, yang disertai hampir 10,000 peserta menerusi pelbagai aktiviti sukan seperti berbasikal, Muay Thai, larian dan senamrobik.

Mengenai Jelajah Fit Malaysia, Ab Rauf berkata, aktiviti sukan dan kecergasan seperti itu mampu menjadi pengikat hubungan kekeluargaan di samping mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Jelasnya, sukan tidak harus dilihat sebagai aktiviti bersifat pertandingan dan persaingan semata-mata, sebaliknya harus kembali kepada tujuan asas dan objetktif utama bersukan iaitu untuk menyihatkan tubuh badan.

"Justeru itu, saya amat menggalakkan agar model Fit Malaysia ini dilaksanakan di kawasan kejiranan masing-masing, taman perumahan, kampung tradisional, malah di mana sahaja yang sesuai dan selamat," katanya.

Dalam masa sama, katanya, rakyat Melaka harus menggunakan sebaiknya fasiliti sukan dan rekreasi yang disediakan agensi dan pihak berkaitan di pelbagai tempat di seluruh negeri ini.

"Di Melaka, terdapat banyak tempat yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti riadah seperti di Pantai Tanjung Bidara, Taman Botanikal Ayer Keroh, Stadium Tun Fatimah, Stadium Hang Jebat dan banyak lagi kawasan rekreasi lain yang boleh dimanfaatkan.

"Saya berharap dapat melihat warga Melaka melakukan pelbagai aktiviti kecergasaan di kawasan sebegini kerana ia tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mempunyai gaya hidup sihat dan aktif," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nggemar-sukan-lasak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 08:21 AM | Show all posts
masa kecik-kecik selalu pergi tanjung bidara, parking sesak, kedai-kedai pun meriah.. sekarang kedai-kedai dah ditinggalkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 1.247369 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list