CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1797|Reply: 0

[Melaka] 64 acara pelancongan dirancang menjelang TMM2024

[Copy link]
Post time 18-9-2023 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Kerajaan negeri merancang melaksanakan 64 acara pelancongan sepanjang tahun ini sebagai 'mukadimah' kepada penganjuran puluhan lagi aktiviti besar sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, daripada jumlah berkenaan, 13 daripadanya adalah acara pelancongan utama bagi merancakkan aktiviti pelancongan di Melaka, tahun ini.

Beliau berkata, antara acara pelancongan utama yang akan dilaksanakan adalah Karnival Udara Antarabangsa Melaka pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang (14 dan 15 Oktober di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir) serta Karnival Beca Melaka (25 November di Kompleks Sejarah, Banda Hilir).

"Sehubungan itu, saya mengajak semua lapisan masyarakat untuk menyertai dan memeriahkan program ini kelak.

"Saya yakin usaha ini dapat menggamit pelancong untuk mengunjungi Melaka lebih-lebih lagi sebagai persediaan menyambut TMM2024 tahun hadapan" katanya ketika merasmikan Festival Layang-Layang Gergasi Melaka 2023 di Limbongan, Klebang, di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abd Razak Abd Rahman, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Shadan Othman dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia Sdn Bhd Datuk Mohd Efendi Omar.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, beliau berharap program ini dapat dianjurkan dengan skala lebih besar dan bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan sempena TMM2024.

Menurutnya, program itu dikategorikan sebagai sub-sektor pelancongan sukan di negeri ini sekali gus mampu mencapai sasaran 8.4 juta pelancong pada tahun ini.

Katanya, festival yang diadakan selama dua hari berakhir semalam membabitkan sebanyak 50 penyertaan domestik dan antarabangsa seperti dari China, Macau serta Singapura.

"Menerusi penganjuran festival ini, secara tidak langsung merancakkan lagi sub-sektor pelancongan sukan di negeri ini sekali gus menyemarakkan TMM2024," katanya.


Ab Rauf melawat gerai pameran pada Maljis Perasmian Festival Layang-Layang Gergasi Melaka 2023 di Limbongan. FOTO JAMAH NASRI

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-menjelang-tmm2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.049726 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list