Lucinta berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, menerusi video sama, Lucinta mengalirkan air mata saat menghantar Alan di lapangan terbang.
Lelaki itu juga sempat berpesan kepada Lucinta agar menjaga kandungannya dengan baik sebelum mengucup bahagian perutnya.
"Sayang kamu cium perut saya! Pasti Baby Salmon dan Baby Octopus berasa senang di dalam kandungan ini," katanya.
Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.
Kata Luna, pertunangan tersebut mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka turut menghadiri acara berkenaan.
Sumber: mStar