View: 1500|Reply: 0
|
[Johor]
2 senior mengaku salah pukul pelajar bawa vape guna batang penyapu
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN.
Muar: Dua pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di daerah ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul junior menggunakan penyangkut baju dan batang penyapu kerana didakwa membawa rokok elektronik atau vape, Julai lalu.
Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh juvana itu didakwa mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 15 tahun di dalam asrama, jam 11.25 malam, 3 Julai lalu.
Kejadian berlaku apabila kedua-dua tertuduh menemukan rokok elektronik pada mangsa sebelum memukul mangsa menggunakan penyangkut baju dan batang penyapu.
Tindakan tertuduh menyebabkan mangsa cedera di beberapa anggota badan sebelum dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM2,000 bagi setiap tertuduh.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh ditemani ahli keluarga kemudian merayu supaya jaminan dikurangkan kerana mereka bukan dalam kalangan keluarga berada.
Mahkamah kemudian mengarahkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM1,000 setiap seorang dan hanya membenarkan penjamin terdiri ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Mahkamah juga menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta serahan laporan akhlak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... guna-batang-penyapu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|