CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 0

[Johor] Nur Haziq Luqman dituduh lakukan seks oral, amang seksual terhadap dua junior

[Copy link]
Post time 18-9-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Muar: Seorang pelajar sebuah kolej kemahiran di daerah ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar junior dalam tandas serta asrama penginapan, awal bulan ini.

Tertuduh, Nur Haziq Luqman Mohd Nasri, 18, yang berhadapan dua pertuduhan, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyuruh seorang pelajar junior berusia 17 melakukan oral seks dalam tandas kolej terbabit pada jam 3.15 pagi, 5 September lalu.

Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan keji terhadap seorang lagi pelajar junior dengan melakukan amang seksual.


NUR Haziq Luqman dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan amang seksual terhadap dua pelajar junior. FOTO Alias Abd Rani

Kejadian itu didakwa berlaku di asrama penginapan kolej terbabit, pada jam 4 petang, 7 September.

Untuk pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (d) akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan dua alternatif kepada mahkamah sama ada tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin ataupun jaminan RM17,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Selepas meneliti hujahan serta rayuan tertuduh, mahkamah kemudian membenarkannya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan dua syarat kepada tertuduh iaitu perlu melapor diri setiap bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak serta tidak boleh mengganggu atau menghubungi kedua-dua mangsa.

Abu Bakar kemudian menetapkan 23 Oktober ini sebagai sebutan semula kes, lantikan peguam tertuduh serta serahan dokumen.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eksual-terhadap-dua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.081154 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list