CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8831|Reply: 0

[Johor] Myvi ‘terbang’ langgar kaki lima kedai runcit

[Copy link]
Post time 18-9-2023 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Sebuah kereta Perodua Myvi 'terbang' merempuh masuh ke kaki lima sebuah kedai runcit di Kilometer 1, Jalan Segamat - Muar, Segamat.

SEGAMAT – Seorang penumpang cedera, manakala pemandu terselamat apabila kereta Perodua Myvi dinaiki ‘terbang’ lalu merempuh masuk ke kaki lima sebuah premis kedai runcit di Kilometer 1 Jalan Segamat- Muar di sini, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, siasatan awal di lokasi mendapati kejadian pada pukul 6.15 didakwa berpunca apabila pemandu berusia 25 tahun yang ingin mengelak anjing dan sebuah motosikal berhampiran lokasi kejadian.

“Ia mengakibatkan kenderaan itu terus naik ke atas kaki lima kedai runcit berkenaan. Keadaan hujan dan jalan basah sewaktu kejadian.

“Pemandu terselamat manakala teman wanitanya berumur 22 yang berada di tempat duduk penumpang hadapan mengalami cedera dibahagian leher dan dirawat Hospital Daerah Segamat (HDS),” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Tambah Ahmad Zamry, Myvi terbabit datang dari Jementah menghala ke rumah mereka di Segamat.

Kejadian berlaku sewaktu premis runcit terbabit tidak didatangi pelanggan pada ketika itu.

Kes diklasifikasi mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59). -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -lima-kedai-runcit/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056124 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list