CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16562|Reply: 0

[Selangor] Pinjam sewa akaun pemilik p-hailing lain

[Copy link]
Post time 18-9-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Antara motosikal yang disita JPJ Selangor.

SHAH ALAM – Perbuatan seorang penunggang aplikasi P-hailing menyewa dan meminjam akaun pemilik lain sejak setahun lalu terbongkar apabila ditahan, semalam.

Penahanan penunggang berusia 20-an itu dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang dalam Operasi Khas Motosikal di Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berkata, hasil pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh pada 2017 dan penunggangnya tiada lesen memandu.

“Siasatan telah dijalankan kepada penunggang motosikal dan pemandu mengaku telah menyewa dan meminjam akaun pemilik lain semasa menjalankan perkhidmatan P-Hailing.

“Penunggang itu turut mendaftarkan kenderaan lain semasa menjalankan perkhidmatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

JPJ Selangor turut menegaskan tindakan sita telah dilakukan terhadap motosikal tersebut atas pelbagai kesalahan.

Ujarnya, ini bagi mengelak kesalahan berulang dan seterusnya membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Sepanjang operasi itu, sebanyak 1,430 buah motosikal telah diperiksa dan 613 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebanyak 35 buah motosikal turut disita dalam operasi tersebut dengan kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... lik-p-hailing-lain/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.162817 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list