CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3665|Reply: 0

[Johor] Udang galah Warung Gorgon tarikan baharu Kg. Tanjung Air Hitam

[Copy link]
Post time 19-9-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

AHMAD FUAD YUSOF dan Siti Ashakinah menunjukkan masakan berasaskan udang galah yang dijual di Warung Gorgon di Kampung Tanjung Air Hitam, Pontian.



PONTIAN: Bagi memenuhi permintaan para pemancing untuk memasarkan udang galah yang dipancing di sungai Kampung Tanjung Air Hitam, pasangan suami isteri nekad membuka sebuah warung sejak tiga bulan lalu.

Usaha Ahmad Fuad Yusof, 36, dan isterinya, Siti Ashakinah Bohari, 32, membuka warung yang diberi nama Warung Gorgon bukan sahaja bagi memenuhi cina rasa golongan pemancing, malah, kini, menjadi tarikan baharu pengunjung ke kampung tersebut.


Sepinggan udang galah yang dijual di Warung Gorgon di Kampung Tanjung Air Hitam, Pontian.

Ahmad Fuad mengakui tidak menduga nama ‘Gorgon’ berjaya menarik kehadiran ramai pelanggan untuk menikmati pelbagai menu berasas udang galah yang segar.

Antara menu tersebut ialah udang galah goreng kunyit, nasi goreng udang galah, mi kari udang galah dan mi bandung udang galah. Pasangan tersebut turut menjual beberapa menu lain seperti bakso dan nasi ayam penyet.

“Warung Gorgon berjaya menggamit pelanggan dari Klang, Gombak, Melaka dan Muar bagi menikamti kelazatan udang galah yang dibeli terus daripada pemancing di jeti berhampiran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Ahmad Fuad memberitahu, para pelanggan berpuas hati dengan harga makanan yang dijual di warungnya walaupun harga udang galah dalam pasaran mencecah RM60 sekilogram.

“Alhamdulillah, kami berkongsi rezeki dengan pemancing yang sedia menjadi pembekal udang kepada Warung Gorgon setiap hari untuk disajikan kepada pelanggan yang datang.

“Kini, para pemancing tidak lagi risau tentang jualan udang mereka kerana kami sedia membelinya dengan harga mengikut harga pasaran,” katanya yang turut meminati aktiviti memancing.

Sementara itu, Siti Ashakinah berkata, pada hari biasa, warungnya memerlukan bekalan udang galah antara satu hingga tiga kilogram, namun pada Jumaat hingga Ahad, pihaknya memerlukan kira-kira 10 kilogram udang galah memandangkan kehadiran pengunjung luar dari daerah ini.

“Sejak tiga bulan beroperasi, setakat ini Warung Gorgon tidak menghampakan pelanggan yang datang sama ada dari jauh atau dekat kerana bekalan udang galah sentiasa ada setiap hari,” katanya sambil memberitahu mereka dibantu oleh dua tukang masak.

Menurutnya, mi goreng udang galah hanya dijual pada harga RM10 sepinggan, udang galah goreng empat ekor RM16 dan nasi goreng udang galah RM11. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -tanjung-air-hitam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.264484 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list