View: 3848|Reply: 0
|
[Perak]
Kelapa salai rezeki sejak berpuluh tahun
[Copy link]
|
|
NORIA Ahmad mengorek isi kelapa untuk dijadikan salai dan minyak masak ketika ditemui di Selekoh, Bagan Datuk, Perak semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
BAGAN DATUK: Mengambil upah mengorek isi kelapa untuk disalai atau dijemur seterusnya diproses di kilang dijadikan minyak masak dilihat semakin pupus.
Ia susulan penggunaan mesin bagi menghasilkan bahan makanan itu.
Namun bagi seorang wanita, Noria Ahmad, 71, di Selekoh dekat sini, dia yang sudah melakukan pekerjaan itu sejak berpuluh tahun lalu masih meneruskannya sehingga kini.
Menurutnya, walaupun pembuatan minyak masak sekarang banyak menggunakan mesin di kilang-kilang, permintaan untuk kelapa salai tetap ada.
“Dahulu ini cara minyak masak dibuat, isi kelapa dikorek, dijemur dan tauke-tauke akan membawanya ke kilang untuk diproses jadi minyak.
“Ketika itu ramai penduduk yang ambil upah membuat kelapa salai tetapi sebab sekarang sudah guna mesin, mungkin sudah tiada lagi yang buatnya.
“Mungkin saya seorang sahaja masih melakukan kerja ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Katanya, dia mengambil upah mengorek isi kelapa sejak berusia belasan tahun lagi.
“Saya sudah lakukan pekerjaan ini pada 1960-an. Ketika ini sebakul kelapa salai 20 sen, dalam sehari dapat lapan hingga 10 bakul.
“Sekarang saya masih dipanggil lagi oleh tauke kelapa di sebuah stor di sini untuk buat kerja mengorek kelapa tua menggunakan alat khas.
“Kalau mula bekerja pukul 7 pagi sampai 12 tengah hari, dapat RM25 seguni. Kalau mampu dapat lapan hingga 10 guni kelapa salai,” katanya.
Menurutnya, kelapa salai dapat membantu masalah lambakan kelapa di Bagan Datuk berikutan saingan kemasukan kelapa dari Indonesia yang lebih murah. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... jak-berpuluh-tahun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|