View: 1998|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
KPDN terima 10,377 aduan berkaitan transaksi dalam talian
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima sebanyak 10,377 aduan berkaitan transaksi secara dalam talian membabitkan pelbagai kesalahan bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, jumlah aduan yang diterima itu adalah 35 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima KPDN dalam tempoh sama.
Menurutnya, aduan paling banyak adalah platform e-dagang diikuti oleh platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.
"Seiring dengan perkembangan sektor e-dagang, terdapat beberapa cabaran dihadapi pengguna pada masa ini antaranya barangan dibeli atas talian tidak sampai atau tidak memenuhi kehendak pelanggan dan standard keselamatan produk tidak mengikut piawaian ditetapkan.
"Apa yang berlaku sekarang ini penyedia perkhidmatan e-dagang tidak akan bertanggungjawab, jadi kalau isu berkaitan barang yang dijual tidak menepati seperti diiklankan, bagaimana kita nak pastikan pengguna dapat hak mereka dan tebus ganti rugi dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar Today's Malaysian E-Commerce and Consumer Protection Regulatory Framework: The Way Forward, di sini, hari ini.
Menurutnya, untuk mengatasi isu itu, KPDN sedang mengkaji semula perundangan e-dagang sedia ada termasuk mencadangkan mekanisma kawal selia yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan pemain industri dan pengguna terjamin.
"Sebelum kita nak gubal undang-undang atau akta, kita perlu bincang bersama penyedia perkhidmatan seperti seminar hari ini.
"Katakanlah kita gubal juga undang-undang mungkin ambil masa dua tahun, tetapi dalam tempoh ini bagaimana kita nak mengawal selia, ini objektif yang kita nak capai dalam perbincangan semasa seminar ini," katanya.
Sementara itu, Fuziah mengesahkan pihaknya menerima aduan mengenai penjualan barangan asas seperti beras, gula dan minyak masak paket secara dalam talian di platform tertentu.
"Saya sudah arahkan penguat kuasa menyiasat perkara itu. Namun setakat ini, undang-undang untuk mengawal selia barangan di platform e-dagang memang tiada.
"Malah tiada undang-undang yang melarang atau memaksa dan menuntut penjual di platform untuk memastikan barangan yang mereka tawar itu wujud.
"Penyedia perkhidmatan juga tidak boleh mengambil tindakan kepada penjual jika apa-apa masalah berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nsaksi-dalam-talian |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|