View: 2131|Reply: 0
|
Hougang uji padang rumput sebenar Stadium Likas
[Copy link]
|
|
Hougang uji padang rumput sebenar Stadium Likas
PEMAIN Hougang United FC menjalani latihan di Stadium Likas menjelang perlawanan menentang Sabah FC. FOTO MOHD ADAM ARININ
Kota Kinabalu: Hougang United FC (HUFC) yang mengaku berdepan cabaran bermain di padang rumput sebenar berpeluang berlatih di Stadium Likas, malam ini.
Ia sebagai persediaan sebelum aksi pembuka tirai Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Sabah FC di stadium sama, malam esok.
Skuad bimbingan Marko Kraljevic itu menjalani latihan bermula 8 malam bagi membolehkan pemainnya menyesuaikan diri dengan keadaan padang di stadium berkenaan sebelum perlawanan sebenar.
Pada sidang media siang tadi, Kraljevic mengakui suasana padang di Singapura berbeza memandangkan mereka bermain di padang rumput tiruan.
Katanya, situasi itu mungkin satu kelemahan terpaksa dihadapi pasukannya apabila berdepan dengan skuad Sang Badak itu.
Sementara itu, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee pula menjalani latihan di Padang Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), iaitu lokasi kebiasaan mereka berlatih di tempat sendiri.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... benar-stadium-likas
|
|
|
|
|
|
|
| |
|