View: 2920|Reply: 0
|
[Selangor]
'Kita tahu kerisauan mereka tetapi teknologi sudah berubah' - Amirudin
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu perbincangan akan diadakan kerajaan negeri bersama pihak yang membantah pembinaan insinerator baharu di Rawang.
Menurutnya, insinerator yang akan dibina itu menggunakan teknologi baharu bagi projek sisa jadi tenaga (WTE) dibawah kendalian KDEB Waste Management.
"Saya akan berbincang dengan pihak yang membantah itu, kita tahu kerisauan mereka tetapi teknologi sudah berubah.
"Ini bukan insinerator yang ada pada tahun 90an atau awal 2000. Ini sudah berubah dan berulang kali diterangkan kepada ahli Dewan Negeri terutama dalam sidang dewan," katanya selepas melancarkan lori kompaktor baharu dan imej korporat KDEB Waste Management di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
Pelancaran aset berkenaan bersempena penyambungan kontrak syarikat urus sisa pepejal itu dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang berkuat kuasa 1 Oktober depan selama tujuh tahun.
Pengarah urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata pihaknya membelanjakan RM30 juta bagi menyediakan lori berwarna merah kuning, selari dengan tema negeri serta slogan #KitaSelangor.
"Pelaksanaan ini bermula di Klang memandangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama menggunakan khidmat kita pada 2016. Awal tahun depan, kita akan perluas ke PBT lain.
"Hari ini menunjukkan KDEBWM masuk fasa kedua. Dahulu kita guna lori berwarna biru putih 16 tan dan kali ini menggunakan lori merah kuning sebanyak 75 buah berkapasiti 18 dan 19 tan.
"Jadi dengan saiz baharu ini, ia lebih elektif dan mampu membuat kutipan lebih banyak. Dengan warna tema negeri dan perubahan imej ini, kita beri perkhidmatan lebih segar dan berani serta sampaikan manifestasi sebagai pemain industri yang proaktif," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan lebih 20 persatuan komuniti di sekitar Rawang membantah cadangan projek pembinaan insinerator yang akan memberikan impak sosial termasuk bau busuk, kesesakan lalu lintas seterusnya nilai tanah yang akan menyusut susulan kehilangan kawasan hijau.
Datuk Seri Amirudin Shari (tiga dari kiri) menyaksikan penyerahan replika kunci oleh Datuk Ramli Mohd Tahir (dua dari kiri) kepada Noraini Roslan (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Lori Kompaktor Baharu dan Imej Korporat Baharu KDEB Waste Management di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. FOTO FAIZ ANUAR
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-berubah-amirudin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|