CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3642|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Cuaca, penyakit padi antara faktor bekalan beras putih tempatan terganggu

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:25 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Cuaca tidak menentu dan penyakit padi sepanjang musim tuaian yang lepas iaitu antara April sehingga Ogos, menyebabkan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran sedikit 'terganggu' di pasaran.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Amir Mat Amin berkata, kebiasaannya, secara purata hasil tuaian mampu mencecah tujuh metrik tan sehektar, namun untuk musim lepas ia menurun sehingga hanya empat metrik tan sehektar.

Kekurangan bekalan beras putih tempatan menjadi lebih ketara selepas kenaikan harga beras import yang menyebabkan pengguna beralih kepada beras putih tempatan.

"Ada juga sedikit yang terjejas pengeluarannya disebabkan banjir mengakibatkan hasil tidak dapat dituai. Selain itu, faktor peralihan penggunaan turut menyumbang kepada situasi kekurangan bekalan ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ini diakui beberapa peniaga dan pasar raya yang ditemui semasa tinjauan Bernama di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang menyatakan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran sememangnya berkurangan dan sukar diperoleh, ditambah dengan peningkatan permintaan berikutan kenaikan harga beras putih import sejak beberapa bulan lepas.

Pada awal September, Bernas menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 setan kepada RM3,200 setan sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Ini menyebabkan harga beras putih import melonjak daripada RM33 kepada RM39 berbanding beras putih tempatan yang dijual pada harga dikawal, iaitu sekitar RM2.60 sekilogram atau RM26 sekampit.

Bagaimanapun, situasi semasa kini, hampir tiada bekalan beras putih tempatan di kedai runcit atau pasar raya dan pengguna terpaksa membeli beras putih import yang lebih mahal, khususnya bagi golongan B40.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tempatan-terganggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040331 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list