CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3689|Reply: 0

[Selangor] AADK kesan kes vape berisi cecair dadah sintetik

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode




Sutekno ketika ditemui media pada program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media di Kuala Selangor, malam tadi. Foto AFIQ RAZALI

KUALA SELANGOR – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan beberapa kes melibatkan peranti vape yang dipercayai menggunakan bahan cecair berisi dadah, di negara ini.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tidak begitu spesifik atau berleluasa.

“Kita kesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita harap ia tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media di sini, malam tadi.

Kosmo! pada 18 Februari lalu melaporkan penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... air-dadah-sintetik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.764783 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list