View: 3859|Reply: 0
|
[Johor]
Lagi kes pekerja bahagian pembersihan humban sampah di semak
[Copy link]
|
|
Pekerja asing didakwa menghumban sampah di kawasan semak di Jalan Kempas Lama, hari ini. Gambar ihsan penduduk.
JOHOR BAHRU: Penduduk di kawasan Kempas kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab dua pekerja bahagian pembersihan warga asing menghumban sampah yang dikutip di tepi Jalan Kempas Lama.
Ketua Kampung Maju Jaya, Roslan Hassan, berkata dia yang menggunakan laluan berkenaan kira-kira jam 8 pagi ini terkilan dengan perbuatan pekerja berkenaan.
Katanya, sebaik meninjau kawasan semak, dia mendapati terdapat longgokan sampah di situ dan percaya perbuatan itu dilakukan berulang kali sebelum ini.
"Saya melihat mereka mengumpul sampah dan dimasukkan ke dalam plastik sebelum menghumbannya di kawasan semak.
"Apabila saya merakamkan perbuatan dan memberi teguran, kedua-dua pekerja lelaki itu yang berusia dalam lingkungan 30-an bertindak mengutip semula plastik berkenaan dan dibawa ke lokasi lain," katanya.
Roslan berkata, perbuatan pekerja berkenaan yang mencemari alam sekitar dan tidak amanah dalam menjalankan tugasan itu perlu diberikan perhatian.
Malah, katanya, ia bukan kejadian pertama kerana pernah berlaku di pusat bandar raya Johor Bahru sebelum ini.
"Saya turut berkongsi video dirakam itu di media sosial supaya ia diberi perhatian dan saya mendapati ia juga tular. Perbuatan pekerja berkenaan dikecam ramai.
"Pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya mengambil tindakan sesuai selain pekerja bahagian pembersihan juga perlu mendedahkan mereka kepada garis panduan tugasan," katanya.
Sementara itu, setakat ini tiada sebarang maklum balas daripada PBT berkaitan perbuatan pekerja berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ban-sampah-di-semak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|