CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1115|Reply: 0

[Perlis] Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR

[Copy link]
Post time 22-9-2023 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-9-2023 07:36 PM

Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR

22 September 2023  07:20pm







Khairul Amin (tengah) berkata, serbuan dilakukan di kampung berkenaan sekitar jam 10 pagi oleh 36 pegawai Imigresen negeri itu menerusi Ops Serkap selepas menerima aduan awam. - Foto Astro Awani




KANGAR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar sindiket pemalsuan surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Simpang Empat, di sini semalam.

Surat itu kononnya memberitahu bahawa pembawanya sudah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada UNHCR dan ia sedang dalam proses pertimbangan.

Sindiket terbabit yang didalangi pasangan suami etnik sama dipercayai berselindung di sebalik sebuah madrasah pengajian al-Quran kanak-kanak Rohingya di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat.

Pengarah JIM Perlis, Khairul Amin Talib berkata, serbuan dilakukan di kampung berkenaan sekitar jam 10 pagi oleh 36 pegawai imigresen negeri itu menerusi ‘Ops Serkap’ selepas menerima aduan awam.


"Daripada tujuh rumah yang diperiksa, sebuah rumah yang disewa oleh komuniti Rohingya sebagai madrasah untuk mengajar mengaji kanak-kanak etnik Rohingya didapati turut dijadikan sebagai pusat operasi kegiatan pemalsuan Surat Dalam Proses Pertimbangan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Hasil operasi itu, sebanyak 200 keping Surat Dalam Proses Pertimbangan UNHCR dan 100 keping surat nikah yang dipercayai palsu dalam bentuk digital berjaya dirampas selain dua komputer, dua telefon bimbit, satu pemancu kilat USB, dua unit kad memori (kad SD) dan dua set kad perniagaan.


Khairul Amin berkata, turut dirampas ialah dua buku rekod bayaran proses serta wang tunai RM5,300 yang ditemukan disorok di bawah tilam suspek.

"Siasatan awal mendapati suspek mendapatkan pelanggan menerusi platform media sosial dan menghantar dokumen palsu itu dalam bentuk digital dengan mengenakan bayaran RM50. Pelanggan perlu mencetak sendiri dokumen itu," katanya.


Khairul Amin berkata, suspek utama disiasat mengikut Seksyen 56(1A) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), manakala isterinya ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama 14 hari bermula semalam. - Awani



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9203 Replies : 181
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189098 Replies : 4306
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.279628 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list