CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2255|Reply: 0

[Johor] 13 'pilot darat' kena cekup positif dadah

[Copy link]
Post time 23-9-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

Kenderaan perdagangan yang diperiksa dalam Op Perdagangan Johor seluruh negeri itu pada semalam.FOTO IHSAN POLIS

Johor Bahru: Dalam tempoh lapan jam, seramai 13 pemandu kenderaan berat ditahan apabila dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam Op Perdagangan yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor bermula 12 tengah malam semalam hingga jam 8 pagi tadi itu, turut menahan dua pemandu lori iaitu orang dikehendaki (wanted).

Katanya kesemua 15 lelaki yang ditahan dalam operasi khas itu berumur 22 hingga 48 tahun.

"Dua lelaki yang dikehendaki dibawah seksyen 379A kanun keseksaan dan seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Dalam operasi itu, sebanyak 730 kenderaan perdagangan diperiksa dengan 210 saman Pol.257 dikeluarkan.

"Sebuah kenderaan dikesan membawa lebih muatan sebanyak 35 peratus. Manakala 13 individu yang ditahan membabitkan kes dadah dibawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, Op Perdagangan dijalankan seluruh negeri ini bagi mengambil tindakan tegas terhadap semua pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan yang masih tegar dan ingkar untuk patuh peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cekup-positif-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.556199 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list