View: 3954|Reply: 0
|
[Melaka]
Geng curi kabel dicekup, BMW dinaiki langgar tembok
[Copy link]
|
|
BMW dinaiki suspek curi kabel terbabas merempuh tembok Kemas Daerah Jasin di Serkam, Merlimau pagi semalam. FOTO ihsan polis
Jasin: Geng curi kabel rentas negeri yang menggunakan kereta mewah tumpas apabila empat ahlinya termasuk seorang wanita dicekup polis di daerah ini, pagi semalam.
Kegiatan suspek yang berasal dari Kajang, Selangor itu mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Merlimau, dekat sini, dihidu sepasukan polis tugas ronda cegah jenayah dari Balai Polis Merlimau kira-kira 5.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, anggota polis terbabit mulanya mendapati kabel TM dipotong di tepi jalan T/l Tnb di Serkam, Merlimau.
"Sebaik menghubungi juruteknik TM untuk pengesahan kabel yang cuba dicuri, polis dimaklumkan kabel berkenaan adalah milik (TM) Tech iaitu talian bawah tanah bersaiz 400 pair sepanjang kira-kira 175 meter mengalami kerosakan dengan anggaran kerugian RM30,000.
"Bertindak atas maklumat itu, polis melakukan pemantauan sebelum terserempak dua kereta termasuk BMW dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan kejadian," katanya dihubungi di sini.
Beliau berkata, pasukan peronda kemudian mengejar dua kenderaan itu sebelum BMW terbabas merempuh tembok bangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), manakala sebuah lagi kereta meloloskan diri.
"Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan dua lelaki di Serkam, manakala dua lagi suspek termasuk wanita ditahan di Kajang, pada hari sama.
"Semakan mendapati semua suspek berusia 23 tahun hingga 33 tahun itu turut memiliki rekod lampau jenayah serta dadah dan direman empat hari bermula hari ini," katanya.
Beliau berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Farkhan Zainal di talian 013 - 9003070 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aiki-langgar-tembok |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|