CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5285|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pemandu ibu kota keras kepala?

[Copy link]
Post time 23-9-2023 01:17 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis trafik mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas dalam Op HUU fasa dua yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, semalam. FOTO IHSAN POLIS

Kuala Lumpur: Kesalahan halangan lalu lintas terus merekodkan jumlah tertinggi pada hari kelapan pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) fasa dua di ibu negara sejak dilaksanakan 15 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebanyak 6,073 saman direkodkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu, semalam.

"Berdasarkan statistik, halangan lalu lintas adalah kesalahan paling tinggi direkodkan iaitu sebanyak 5,044 kes.

"Selain itu, kita juga merekodkan saman bagi kesalahan lain termasuk tiada lesen memandu (137), tidak patuh peraturan lampu isyarat (52), nombor plat (61) dan lain-lain kesalahan (778).

"Tindakan saman itu adalah hasil pelaksanaan menerusi 23 operasi seperti Op Motosikal, Op Mabuk, Op Didik dan Op Halangan yang dijalankan di sekitar ibu negara," katanya dalam kenyataan tadi.

Beliau berkata, sepanjang operasi ini, JSPT Kuala Lumpur turut bertindak menahan 14 individu atas pelbagai kesalahan seperti kes dadah dan mabuk selain sitaan satu motosikal.

"Semua 14 individu yang ditahan adalah lelaki berusia antara 19 hingga 50 tahun.

"Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mabuk, menjalankan aktiviti parkir haram, penyalahgunaan dadah dan lain-lain," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaannya bermula 15 hingga 29 September nanti.

Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

Untuk info, JSPT Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 157,000 saman sepanjang tempoh pelaksanaan Op HUU fasa satu bermula 1 hingga 31 Julai lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-kota-keras-kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036392 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list