CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPDN tumpas kegiatan penyelewengan LPG bersubsidi

[Copy link]
Post time 23-9-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA tong LPG yang dirampas KPDN dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Baru Subang, Shah Alam pada 20 September lalu. FOTO ihsan KPDN

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Baru Subang, Shah Alam pada 20 September lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya jam 1.30 tengah hari hasil risikan selama beberapa hari.

"Ketika serbuan dilakukan, tiada individu ditemui, namun hasil pemeriksaan menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan.

"Kami menemui peralatan pemindahan gas petroleum cecair LPG daripada tong berkapasiti 12 kilogram (kg) dan 14 kg bersubsidi kepada tong berkapasiti 50 kg tidak bersubsidi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, tong LPG 50 kg itu dipercayai akan dijual semula kepada pihak industri dengan harga lebih rendah berbanding harga sebenar pasaran.

"Beberapa tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama berkapasiti 12kg, 14kg dan 50kg, selain alat timbang, alat kompresor, hos penyambung serta pelbagai dokumen perniagaan lain yang ditemui turut disita bagi siasatan lanjut.

"Nilai keseluruhan rampasan dalam operasi itu dianggarkan berjumlah RM28,380," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu dan syarikat terbabit dalam aktiviti ini.

"Syarikat ini juga disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

"Ia atas kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan LPG.

"Kami juga sedang mengenal pasti rantaian pengedaran LPG terbabit termasuk sumber ia diperolehi dan diedarkan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-lpg-bersubsidi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049081 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list