View: 783|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Tiga mayat ditemui dalam keadaan terikat, bertindih dalam stor
[Copy link]
|
|
Allaudeen menunjukkan wajah dua suspek utama untuk kes pembunuhan di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR – Tiga mayat ditemui dalam keadaan mengaibkan selepas pihak polis mendapat panggilan kecemasan dipercayai berlaku pergaduhan dalam sebuah rumah kedai, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, di sini, malam tadi.
Lebih memilukan, ketiga-tiga mayat itu diletakkan dalam keadaan bertindan, diikat kaki dan tangan, kepala mereka disarung plastik malah salah satunya ditemui dalam keadaan bogel.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang menetap di rumah tersebut turut tidak menyangka anak mereka antara yang ditemui mati dipercayai dibunuh di situ.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam apabila terdengar suara seakan pergaduhan di kediaman tersebut pada pukul 11 malam tadi.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian sepasukan anggota polis mendapati satu pasangan warga Sri Lanka berada di kediaman itu.
“Pemeriksaan lanjut di bilik stor premis berkenaan telah menemui tiga mayat lelaki warga Sri Lanka berusia lingkungan 20-an ke 30-an.
“Mayat itu ditemui dalam keadaan diikat kaki dan tangan, kepala disarung dengan plastik dan ditindan antara satu sama lain.
“Salah seorang mayat tersebut merupakan anak kepada pasangan warga asing yang berada di premis itu ketika pemeriksaan dilakukan,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.
Sejurus menerima maklumat berkenaan, Allaudeen berkata, sepasukan polis terdiri daripada unit forensik dan beberapa pasukan lain digerakkan untuk memulakan siasatan.
Tambah beliau, tangkapan pertama dibuat melibatkan pasangan suami isteri tersebut dan kini sedang mengesan dua suspek utama.
“Kedua-dua suspek dari Klang itu hanya dikenali pasangan tersebut sejak enam bulan dan menetap selama dua hari sebelum melarikan diri pada hari kejadian.
“Motif kejadian masih belum dikenal pasti. Kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat,” katanya.
Mengulas lanjut, Allaudeen setakat ini rampasan yang dibuat melibat sebilah pisau yang dipercayai digunakan kerana terdapat kesan kelar pada tubuh mangsa.
Menurut Allaudeen, pasangan suami isteri itu direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat hadapan.
“Pihak kami percaya kes ini pembunuhan terancang dan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... t-diikat-bertindan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|