CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

dak pompuan 3thn mati kena DERA!!

  [Copy link]
Post time 22-1-2011 06:30 AM | Show all posts
JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri bakal berdepan hukuman gantung sampai mati apabila mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua tuduhan membunuh dan mendera anak sendiri sejak empat bulan lalu.

Norafizan Ludin, 30, dan Dewi Nadia Alias, 25, dituduh menyebabkan kematian Nor Dania Qistina Norafizan, 3, pada 9 Januari lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17 1/2 Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini di antara pukul 9 pagi, 8 Januari hingga 9 pagi, 9 Januari.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor.

Norafizan dan Dewi Nadia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka mengaku tidak bersalah mendera kakak dan adik mangsa iaitu Nor Dania Batrisha Norafizan, 5, dan Danish Irsyad Norafizan, 1, di lokasi yang sama.

sumber : kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 08:47 AM | Show all posts
tak mengaku bersalah konon.. habis mane datang lebam2 budak tu? jatuh? budak tu hentak sendiri kat dinding?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 08:57 AM | Show all posts
JOHOR BAHRU: “Macam mana entah aku kena sedangkan aku selalu bekerja di luar,” kata Norafizan Ludin, 29, ketika dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, pagi semalam selepas dia dan isteri keduanya dituduh membunuh darah dagingnya sendiri, selain mendera dua lagi anak hasil perkahwinan pertama.

Norafizan dan Dewi Nadia Alias, 24, didakwa membunuh Nur Dania Qistina, berusia tiga tahun di rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram.


Bagi pertuduhan pertama, operator pengeluaran di kilang bersama isterinya itu didakwa melakukan perbuatan terbabit antara 8 Januari 2011, kira-kira jam 9 pagi hingga 9 Januari 2011, sehingga mengakibatkan kematian Nur Dania Qistina.


Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor.


Majistret turut tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chuah Shyue Chien.



Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Februari ini bagi membolehkan kedua-dua tertuduh melantik peguam bela.


Sementara itu, bagi pertuduhan kedua yang dilakukan di mahkamah sama, pasangan terbabit mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak berketurunan Melayu, Nor Dania Batrisha Norafizan, empat tahun dan seorang kanak-kanak lelaki Melayu, Danish Irsyad Norafizan, berusia setahun.


Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan yang berpakaian sedondon berwarna putih, didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama bermula pada Oktober 2010 hingga Januari 2011.


Bagi kesalahan itu, tuduhan dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.


Majistret menetapkan perbicaraan kes pada 16 Ogos 2011. Nur Dania Qistina meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 9 Januari lalu selepas dipercayai didera ahli keluarga hingga mengalami pendarahan dalam paru-paru selain mempunyai 73 kesan penderaan fizikal pada seluruh badan.


Mangsa, Nur Dania Qistina Nurafizan difahamkan dibawa ke HSI oleh bapanya selepas dia dikatakan ditemui dalam keadaan lemas di dalam baldi.


Bagaimanapun, bedah siasat dijalankan pihak hospital membongkar punca sebenar kematian kanak-kanak itu apabila dia disyaki didera.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 08:58 AM | Show all posts
Reply 763# kodoklawa


    Pijan ni ingat polis mesia ni tak reti nak siasat abis-abisan ka?...ngok sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 10:16 AM | Show all posts
berani dia kata mcm tu! hish! geramnyeee.. rejam sampai mati baru tau!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 10:25 AM | Show all posts
manusia ke anj**g dorang ni? ape salah budak kecik tu? aku btol2 hrp dorg kene gantung sampai mati!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2011 10:31 AM | Show all posts
hoiii...sapa yang DERA??? ko nie buat thread sesukati hati jer....FITNAH...masok neraka lah kau
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 12:58 PM | Show all posts
hoiii...sapa yang DERA??? ko nie buat thread sesukati hati jer....FITNAH...masok neraka lah kau
baksamakmu Post at 22-1-2011 10:31


apa yg fitnahnya? kalau ada cerita dari sudut lain selain yg diceritakan kat sini, story laa sikit bagi org lain tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2011 06:17 PM | Show all posts
Aku geram gila dgn PEMBUNUH dua ekor nih.

Kawan2 aku bagi link pembunuh ni. Rasa cam nak maki je!!!

http://www.facebook.com/profile.php?id=577995698 - Dewi Nadia Alias

http://www.facebook.com/profile. ... 1544631&sk=wall - Norafizan Ludin


Ibu mahu pembunuh Nor Dania Qistina dikenakan hukuman setimpal
JOHOR BAHRU - "Selagi tidak dijatuhkan hukuman setimpal selagi itu saya tidak puas hati."

Demikian luahan Nur Aquilla Razali, 27, ibu kepada kanak-kanak, Nor Dania Qistina Norafizan, 3, yang maut akibat didera pada 9 Januari lalu.

Katanya, dia percaya pihak berkuasa dapat melaksanakan hukuman yang sewajarnya terhadap mereka yang menyebabkan kematian anak perempuannya itu.

"Saya yakin undang-undang akan menghukum mereka yang bersalah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan suami wanita itu, Norafizan Ludin, 30, dan isteri mudanya, Dewi Nadia Alias, 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua tuduhan membunuh dan mendera Nor Dania Qistina.

Kedua-duanya turut dituduh mendera kakak dan adik mangsa, iaitu Nor Dania Batrisha, 5, dan Danish Irsyad, 1.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Nur Dania Qistina disahkan mati akibat didera pada 9 Januari lalu dengan 73 kesan lebam di tubuhnya serta berapa organ dalaman rosak teruk dipercayai dipukul dengan objek keras.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 06:22 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU: “Macam mana entah aku kena sedangkan aku selalu bekerja di luar,” kata Norafizan Ludi ...
kodoklawa Post at 22-1-2011 08:57


bapak tak guna...bini barunya baru mendera anaknya hari tu je ke?...kesan lebam tu baru hari kematian nya ke yang derang perasan...nak larikan diri tunding jari pada bini muda saja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 10:22 PM | Show all posts
Ni FB mak arwah - http://www.facebook.com/profile. ... 4479428&sk=wall
Sedih baca wall dia.

Orangnya cantik, kalau nak compare dgn betina sial tu. Mmg jenis jantan keparat!! Bapak x bertanggung jawab!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 10:56 PM | Show all posts
hoiii...sapa yang DERA??? ko nie buat thread sesukati hati jer....FITNAH...masok neraka lah kau
baksamakmu Post at 22-1-2011 10:31


ko ni family pembunuh kanak2 itu ke? takkan doctor +polis tak pandai buat keje? hrp2 binatang 2 ekor tu kene hukum gantung!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 11:10 PM | Show all posts
gila lah orang zaman sekarang nih.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 02:55 PM | Show all posts
Bapa terselamat tuduhan bunuh anak

Oleh IFQDAR A. RAHMAN
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 20 September, 2012: Seorang bapa terlepas hukuman gantung sampai mati setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh anak kandungnya, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menarik semula pertuduhan yang sebelum ini dikenakan terhadap Norafizan Ludin, 31.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd. Majid memaklumkan mahkamah, pihaknya menarik balik pertuduhan ke atas tertuduh selepas menerima surat representasi daripada peguam bela, G.K. Sritharan dan V. Ramesh pada Ogos lalu.

Berdasarkan pertuduhan asal, Norafizan dan isteri, Dewi Nadia Alias, 28, kedua-duanya didakwa membunuh Nur Dania Qistina, 3, di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini antara pukul 6 dan 9 pagi, 9 Januari 2011. - UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 03:01 PM | Show all posts
ternyata si bapa tidak bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 03:13 PM | Show all posts
pulakkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070917 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list