CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 0

[Johor] Resipi belacan warisan keluarga pikat pelanggan luar Johor

[Copy link]
Post time 26-9-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

SABAN menunjukkan belacan turun-temurun yang dihasilkan ketika ditemui di Kampung Changi, Pengerang.

KOTA TINGGI – Seorang warga emas tidak menyangka apabila belacan yang diusahakannya kekal mendapat sambutan walaupun telah dinaikkan harga sehingga RM2 bagi menampung lonjakan kos bahan mentah dan operasi.

Saban Ahmad, 75, berkata, belacan resipi turun-temurun yang diambil daripada datuknya sejak tahun 50-an dibuat menggunakan bahan terbaik hingga mendapat sambutan pelanggan di luar Johor.

Pengedar belacan tunggal di Pengerang di sini itu membe­ritahu, dia mampu mendapat sehingga RM3,000 sebulan hasil jualan bahan masakan tersebut.

“Selepas datuk, perniagaan belacan diambil alih pula oleh ibu sekitar tahun 90-an di mana ketika itu saya turut membantu dalam proses pembuatannya walaupun bekerja sebagai nelayan.

“Kemudian saya fokus hanya membuat belacan ketika usia 30 tahun dan masih terbayang pengalaman menjual bahan masakan itu dengan menaiki basikal dan motosikal,” katanya ketika ditemui di Kampung Changi, Pengerang di sini baru-baru ini.

Menurut Saban, pada awalnya proses membuat belacan dilakukan secara manual sebelum menggunakan peralatan yang dibekalkan oleh Jabatan Perikanan selepas mengikuti kursus yang disediakan.

Tambahnya, dahulu dia meneruskan perniagaan itu untuk membesarkan enam anak supaya boleh bersekolah dan kini dia hanya melakukannya sekadar suka-suka selepas semua zuriatnya meningkat dewasa.

“Lagipun saya tak boleh makan belacan orang lain. Sehari saya boleh hasilkan 200 keping belacan dalam tempoh empat jam dengan menggunakan udang yang diambil dari Kukup, Pontian,” katanya.

Ujar Saban, sebelum ini dia menjual belacan pada harga RM1.50 sekeping, namun kini ia tidak lagi relevan ekoran kenaikan harga barang mentah.

“Saya terpaksa menaikkan sehingga RM2 dan kini ia dijual pada harga RM3.50. Harga barang zaman ini banyak beza jadi kena­lah ikut keadaan semasa.

“Walaupun harga naik, alhamdulillah belacan saya sentiasa mendapat sambutan pelanggan terutama pekerja pelantar minyak di Pengerang yang akan menempah awal bahan itu untuk dibawa balik ke tempat masing-masing,” katanya.

Menurut Saban, pengeluaran belacan agak terbatas bergantung kepada keadaan kesihatannya dan anak-anaknya ada juga menasihatkannya supaya berehat tetapi dia enggan kerana tidak mahu menghampakan pe­langgan.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... langgan-luar-johor/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.411141 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list